Permohonan Zakat Mahasiswa UTM (Asasi & Diploma) 2023/2024
Pelajar Asasi dan Diploma semester 1 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur adalah dialu-alukan untuk memohon Zakat Mahasiswa UTM.
UTM ialah Universiti Awam (UA) di Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1972 yang mempunyai 3 kampus iaitu UTM Kampus Johor Bahru, UTM Kampus Pagoh, dan UTM Kampus Kuala Lumpur.
Penyaluran zakat ini adalah bagi membantu mahasiswa yang memerlukan dan tergolong dalam golongan Fakir Miskin.
Bagi pelajar yang memerlukan bantuan zakat ini, permohonan bantuan dibuka sehingga 13 Ogos 2023.
Jenis Bantuan Zakat UTM
Bantuan zakat ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
- Bantuan Zakat Yuran Pengajian: Bagi mahasiswa yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian.
- Bantuan Zakat Sara Diri: Bagi mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan sara diri di UTM.
- Bantuan Zakat Program: Program berunsurkan keislaman dan kerohanian.
- Bantuan Zakat Kecemasan.
Syarat Permohonan Zakat Mahasiswa UTM
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Mahasiswa UTM sepenuh masa Kampus UTM Kuala Lumpur
- Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa atau bantuan kewangan dan
sekiranya mendapat tajaan ianya tidak mencukupi (nyatakan sebab)
– Pelajar tajaan JPA dan MARA tidak layak memohon). - Tergolong dalam golongan Asnaf Fakir Miskin (anak yang ditanggung ibu
bapa)
– Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang daripada RM4000
(tanggungan 2 orang dan ke atas)
– Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang daripada RM5000
(tanggungan 4 orang dan ke atas) - Bagi ibubapa pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, sila lampirkan
bersama Borang Pengesahan Pendapatan. Pengesahan hanya boleh
dibuat oleh Ketua Kampung/Penasihat Akademik/Fakulti (Bahagian
Akademik) sahaja.
Cara Memohon Zakat Mahasiswa UTM
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut.
- Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgVzVc7rdSYXZGoBNmeTdvtjSiRMQPOACBgRQAO0_sfORC-g/viewform
- Muat turun borang permohonan di pautan tersebut.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Muat naik semula borang permohonan.
- Muat naik penyata yuran terkini.
- Isi maklumat permohonan yang selebihnya.
- Klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat UTM, sila hubungi secara Whatsapp di talian 011-13068115.