Pro-P 2024: Program Pembangunan Professional MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan pinjaman pelajaran bagi pemohon yang ingin menyambung pengajian ke peringkat profesional/pakar di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka dalam dan luar negara menerusi Professional Development Programme (Pro-P) atau Program Pembangunan Professional 2024.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini serta cara-cara untuk memohon.

Mengenai Pro-P 2024

Pro-P adalah program pinjaman pelajaran dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA untuk graduan cemerlang bagi mengikuti pengajian ke peringkat Profesional/Kepakaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Universiti terpilih dalam dan luar negara dalam bidang profesional atau kepakaran tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Pinjaman Boleh Ubah pula bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 6 mei 2024 sehingga 24 Mei 2024 secara atas talian.

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024:
    – Profesional : Minimum 18 tahun; dan
    – Dalam Negara: Tidak melebihi 45 tahun
    – Luar Negara: Tidak Melebihi 35 tahun

    – Kepakaran: Minimum 19 tahun; dan
    – Dalam Negara: Tidak melebihi 45 tahun
    – Luar Negara: Tidak melebihi 40 tahun
  3. Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  4. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  5. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis.
  6. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  7. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran Pro-P.
  8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang- undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik/disiplin.
  9. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan program Profesional/Kepakaran tidak akan dipertimbangkan.

Tempoh & Kelayakan Jenis Pinjaman Pelajaran

Tempoh tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat kelulusan.

Kelayakan pinjaman pelajaran dalam tempoh pinjaman yang diluluskan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk kepada kelulusan. Bagi pemohon yang sedang bekerja hanya akan dipertimbangkan untuk kelayakan yuran pengajian sahaja (dalam negara).

Kelayakan pinjaman juga adalah berdasarkan kepada maklumat asal pemohon semasa permohonan dibuat.

Sebarang permohonan untuk tambahan/pindaan kelayakan pinjaman selain dari yang telah diluluskan tidak akan dipertimbangkan.

    Cara Memohon Pro-P 2024

    Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

    1. Layari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login
    2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
    3. Masukkan setiap butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
    4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
    5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
    6. Klik butang hantar permohonan.

    Garis Panduan Permohonan

    Garis panduan permohonan boleh dirujuk menerusi file di bawah:

    Pertanyaan Lanjut

    Sebarang pertanyaan mengenai Pro-P boleh dibuat melalui e-mel dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

    1. Mengenai program, sila e-mel ke: [email protected]
    2. Mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]
    SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: