GrEP 2024: Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA

Pelajar pasca siswazah sama ada Sarjana dan Doktor Falsafah yang cemerlang di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam atau luar negara yang ingin memohon pinjaman pelajaran, permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) 2024 di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah dibuka.

Berikut adalah mengenai program ini dan cara untuk memohon.

Mengenai GrEP

Program Graduan Cemerlang MARA atau GrEP adalah pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah di peringkat pasca siswazah sama ada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Program ini ditawarkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Pemohon yang berminat untuk memohon pinjaman pelajaran ini boleh berbuat demikian mulai 6 Mei 2024 sehingga 24 Mei 2024.

Bentuk Pinjaman Pelajaran

Bentuk pinjaman pelajaran menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Elaun-elaun lain tertakluk pada kelulusan.
  • Elaun Pengangkutan (pergi dan balik sekali sepanjang pengajian) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon di peringkat pengajian berikut:
    a) Sarjana – Minimum 23 tahun dan tidak melebihi 45 tahun.
    b) Doktor Falsafah- Minimum 23 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
  3. Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  4. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  5. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis.
  6. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  7. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian. Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran GrEP. 
  8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik/disiplin.
  9. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran/PhD tidak akan dipertimbangkan.

Tempoh & Kelayakan Jenis Pinjaman Pelajaran

Tempoh tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat kelulusan.

Kelayakan pinjaman pelajaran dalam tempoh pinjaman yang diluluskan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk kepada kelulusan. Bagi pemohon yang sedang bekerja hanya akan dipertimbangkan untuk kelayakan yuran pengajian sahaja (dalam negara).

Kelayakan pinjaman juga adalah berdasarkan kepada maklumat asal pemohon semasa permohonan dibuat. Sebarang permohonan untuk tambahan/pindaan kelayakan pinjaman selain dari yang telah diluluskan tidak akan dipertimbangkan.

Tatacara Permohonan GrEP

Permohonan pinjaman pelajaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Garis Panduan Permohonan

Garis panduan permohonan boleh dirujuk menerusi file di bawah:

Maklumat dan Pertanyaan Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila hantar email dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

  • Untuk mengenai program, sila e-mel ke:
    [email protected](bagi permohonan peringkat Sarjana danIjazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara)
    [email protected](bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran/PhD (Luar Negara)
  • Untuk mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila email ke: [email protected]

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: