Permohonan Biasiswa Bumiputera Program ACCA UOW Malaysia KDU

Individu Bumiputera yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di UOW Malaysia KDU boleh mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Peneraju.

ACCA adalah salah satu dari badan perakaunan yang mana untuk menjadi akauntan professional, seseorang individu perlu menjadi ahli kepada badan akauntan professional seperti ACCA.

Bagi individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam program ini dan memperoleh biasiswa tersebut, permohonan perlu dibuat sebelum 31 Oktober 2022.

Kategori Biasiswa

Terdapat 2 kategori biasiswa yang ditawarkan iaitu:

  • Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA)
  • Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA)

Pembiayaan Biasiswa

Biasiswa yang diperoleh akan meliputi pembiayaan berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Yuran Peperiksaan
  • Yuran Pendaftaran
  • Yuran Langganan Tahunan
  • Yuran Penginapan
  • Elaun

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA)

  1. Berumur 22 tahun dan ke bawah.
  2. Mempunyai kelayakan CAT/FIA (purata markah min 65%) atau pemegang Diploma dengan minima CGPA 3.0.

ii) Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA)

  1. Berumur 25 tahun dan ke bawah.
  2. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan minima CGPA 3.0.

Tatacara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan menerusi tatacara berikut:

  1. Layari laman web https://www.accakdu.edu.my/yayasansponsorship/.
  2. Klik butang “Register Here.”
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen sokongan.
  5. Klik butang “Sumbit” untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Malaysia (pemohon).
  2. Salinan Kad Pengenalan Malaysia (kedua-dua ibu bapa/penjaga).
  3. Salinan Sijil Kelahiran (pemohon).
  4. Salinan Sijil Lahir (kedua-dua ibu bapa/penjaga).
  5. Salinan Dokumen Akademik (dari SPM dan seterusnya).
  6. Penyata Gaji (kedua-dua ibu bapa/penjaga).
  7. Borang Pengesahan Pendapatan/Tidak Bekerja/LHDN atau sebarang dokumen sokongan untuk ibu bapa. dan/atau penjaga yang menganggur.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai biasiswa Bumiputera Program ACCA UOW Malaysia KDU, sila layari laman web https://www.accakdu.edu.my/yayasansponsorship/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: