Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Sukan Negeri Perak 2023
Pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan berminat untuk memohon kemasukan Sekolah Sukan Negeri Perak untuk Tingkatan 1 bagi tahun 2024, permohonan kemasukan telah dibuka.
Untuk makluman, terdapat 1 sekolah sukan di Negeri Perak iaitu SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
Sekolah ini telah melahirkan ramai atlet sukan sama di peringkat negeri atau negara seperti:
- Azeem Fahmi: Pelari Pecut Negara
- Dian Nur Syakira: Pemain Hoki Kebangsaan
- Alif Zikri: Pemain Bola Sepak Liga Super
- Khairunnisa Nazri: Pemain Bola Jaring Kebangsaan
- Asyraaf Hadi: Pemain Takraw Kebangsaan
Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian sebelum 10 Disember 2023.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2023 Di Negeri Perak
- Murid yang sihat tubuh badan.
- Murid yang aktif dalam penglibatan sukan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan (MSSM atau peringkat yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia).
- Murid yang mempunyai Tahap Penguasaan minima TP3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) bagi mata pelajaran berikut:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Matematik
– Sains
– Sejarah - Sukan yang ditawarkan adalah seperti:
– Hoki (Lelaki dan Perempuan)
– Sepak Takraw
– Olahraga (Lelaki dan Perempuan)
– Bola Jaring
– Memanah
– Bola Sepak
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:
- Layari laman web https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScrzeRD8h2w2csVv3mOeEiI_P1KcjxcM4yYMsI_kxh2kJpDeA/viewform?fbzx=1098670055019454963.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pemohon yang memenuhi kriteria pemilihan akan dipanggil/dihubungi oleh pihak Urus Setia untuk dinilai melalui:
- Ujian Kemahiran Sukan
- Ujian TID
- Ujian Psikometrik Dan Aptitud
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan Sekolah Sukan Negeri Perak 2023, sila hubungi:
- En. Sufian bin Ishak (Penolong Pengarah UPBM, JPN Perak): 05-2423727
- Puan Sulhaida Binti Shamat@Shamsuddin (Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Gunung Rapat): 013-2208649.