Hari Sukan Negara 2023: Tarikh & Jadual Aktiviti

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengumumkan penganjuran Hari Sukan Negara 2023 akan dirasmikan pada 14 Oktober 2023 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk makluman, Hari Sukan Negara merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup sihat.

KBS mensasarkan program ini menarik penyertaan seramai 4.5 juta orang di seluruh negara.

Pada edisi pertama pada tahun 2015, program ini berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records sebagai Penganjuran Aktiviti Sukan Terbanyak Secara Serentak dalam Satu Hari dengan jumlah 17,648 aktiviti sukan, berjaya menarik penyertaan keseluruhan seramai lebih lima juta orang.

Objektif Penganjuran Hari Sukan Negara

Objektif penganjuran program ini adalah untuk:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
  • Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Tema Sambutan Hari Sukan Negara 2023

Tema sambutan hari tersebut pada tahun ini adalah #FitMalaysia.

Tarikh Penganjuran

Penganjuran hari tersebut akan berlangsung pada 13 Oktober sehingga 15 Oktober 2023 di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.

Untuk peringkat kebangsaan, perasmian hari tersebut akan diadakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Untuk di Sarawak pula, program akan diadakan pada 28 Oktober 2023 bagi memberikan laluan kepada Sambutan Ulangtahun Kelahiran Yang di Pertua (TYT) Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Senarai Acara & Aktiviti

Senarai acara dan aktiviti bagi penganjuran tahun ini adalah seperti berikut:

Penganjuran Di Peringkat Negeri

Penganjuran program di peringkat negeri akan berlangsung pada tarikh dan tempat berikut:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Hari Sukan Negara 2023, layari laman web KBS iaitu https://www.kbs.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: