Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara MAIJ
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah membuka permohonan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara menerusi Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara.
Untuk pengetahuan, Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara diperkenalkan untuk meringankan beban pelajar daripada Negeri Johor menerusi sumbangan tambang penerbangan untuk ke luar negara.
Bagi pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi Google Docs.
Pelajar boleh membuat permohonan segera dan tarikh tutup permohonan sehingga 31 Disember 2023.
Syarat Kelayakan Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara
Syarat kelayakan untuk memohon sumbangan tambang ini adalah seperti berikut:
- Islam.
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
- Lahir dan menetap di Johor.
- Telah menerima surat tawaran pengajian daripada universiti.
- Tempahan tiket telah dilaksanakan.
- Kursus pengajian yang patuh syariah.
- Untuk tujuan pendaftaran kali pertama serta tamat pengajian sahaja.
- Mod pengajian sepenuh masa dan tempoh pengajian sekurang-kurangnya stahun pengajian.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan di bawah:
- Layari laman web permohonan https://forms.gle/F33Ac8RQVZYoEGBk8.
- Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
- Klik butang “Submit” untuk melengkapkan permohonan.
Soalan Lazim
Tidak. Hanya mereka yang lahir dan menetap di Johor sahaja yang layak untuk membuat permohonan.
Ya. Syarat kelayakan bagi sumbangan tambang penerbangan ini adalah pelajar telah membuat tempahan tiket penerbangan.
Ya. Hanya pelajar bagi pengajian sepenuh masa sahaja yang layak memohon.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara, sila hubungi:
- 013-752 0245 (Ustazah Afiqah)
- 011-1190 9871 (Ustaz Nabil)
- 013-796 3632 (Ustaz Zikry)