Agihan Kewangan Guru & Kakitangan SAR 2024 Negeri Kedah

Lembaga Zakat Negeri Kedah mempelawa pemohon yang sedang berkhidmat sebagai guru dan kakitangan sepenuh masa di sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk memohoAgihan Kewangan Guru & Kakitangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) 2024.

Berikut adalah maklumat dan cara untuk memohon bagi mendapatkan agihan ini.

Pengenalan Agihan Kewangan Guru & Kakitangan SAR 2024

Agihan ini disediakan kepada rakyat negeri Kedah yang sedang berkhidmat
sebagai guru dan kakitangan sepenuh masa di sekolah-sekolah agama rakyat
yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Agihan ini diwujudkan bagi membantu guru dan kakitangan di sekolah tersebut terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Untuk makluman, sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah JHEAIK merangkumi :

i. Maahad Tahfiz
ii. Pondok/ Madrasah
iii. Sekolah Menengah Agama (SMA)
iv. Sekolah Rendah Agama (SRA)

Bagi mereka yang ingin memohon, permohonan agihan ini dibuka sehingga 30 Jun 2024.

Kadar Agihan

Kadar agihan yang bakal diterima bagi pemohon yang layak adalah RM 600.00 seorang.

Kategori Pemohon

Kategori pemohon yang layak memohon merangkumi:

  • Guru/Tenaga Pengajar
  • Pentadbiran Sekolah
  • Kakitangan Sokongan
  • Pekerja Am

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi agihan kewangan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon sedang menetap di negeri Kedah dan berkhidmat di sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) secara sepenuh masa.
  2. Kategori pekerjaan pemohon yang layak memohon adalah seperti berikut :
    – Guru/ Tenaga Pengajar
    – Pentadbiran Sekolah : Mudir/ Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan
    – Kakitangan Sokongan : Kerani/ Pembantu Tadbir/ Pembantu Guru/ Penyelia Asrama/ Pembantu Koperasi
    – Pekerja Am : Tukang Masak/ Tukang Cuci/ Pengawal Keselamatan/ Pemandu (Yang dibayar gaji oleh pihak sekolah)
  3. Tempoh berkhidmat di sekolah sekurang-kurangnya tiga puluh enam (36) bulan.
  4. Guru/ Kakitangan Bukan lantikan perkhidmatan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, JHEAIK.
  5. Jumlah pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM 2,500.00.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal LZNK di pautan https://www.zakatkedah.com.my.
  2. Klik ‘Aplikasi Atas Talian.’
  3. Klik ‘Agihan Guru dan Kakitangan SAR.’
  4. Klik ‘Permohonan Baru.’
  5. Isi maklumat pemohon dan tempat mengajar.
  6. Muat naik dokumen sokongan.
  7. Hantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Borang Pengesahan Dalam Perkhidmatan Di Sekolah Agama Rakyat. (Boleh
    Dimuat turun melalui: https://bit.ly/BorangPengesahanFasa1)
    *Nota : Pastikan borang dicop dan ditandatangani oleh pengetua/ mudir/ guru
    besar/pengerusi lembaga tadbir sekolah
  3. Salinan Akaun Bank Pemohon (selain ASB dan Tabung Haji)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Agihan Kewangan Guru & Kakitangan SAR 2024 Negeri Kedah, sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/.

Orang ramai juga boleh menghubungi:

Divisyen Pendidikan Zakat Kedah
Aras 3, Menara Zakat
Jalan Teluk Wan Jah
05200 Alor Setar
Kedah Darul Aman

No Tel. : 04-733 1740 (Ext. 172)/013-459 2071
E-mel : [email protected]

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: