BAIK 2.0: Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah

Kerajaan Negeri Sabah telah membuka permohonan baharu iaitu Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) untuk pelajar-pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tujuan pembelajaran.

BAIK merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan memiliki komputer untuk tujuan pembelajaran.

Pelaksanaan bantuan akan mensasarkan 1000 pelajar miskin tegar dengan jumlah peruntukan yang disediakan sebanyak RM1.5 juta.

Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian untuk mendapatkan bantuan ini.

Pelaksanaan BAIK

Pelaksanaan BAIK telah dimulakan pada tahun 2021 bagi Fasa 1 melibatkan pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelaksanaan inisiatif Fasa 1 ini melibatkan jumlah sebanyak RM15 juta yang memanfaatkan 10,000 orang pelajar.

Untuk pelaksanaan Fasa 2, inisiaitif ini diperluakan kepada pelajar anak Negeri Sabah yang melanjutkan pengajian di IPT.

Kriteria Permohonan

Kriteria permohonan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  2. Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  3. Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  4. Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui cara permohonan berikut:

  1. Layari pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfA01VScxmjrtDqR9zYSC8AYIO0UHVL0Ba-q1jPs0TpmD-EGw/viewform?pli=1&fbclid=IwAR13S6PdVKklcCF5thH3wzCuBNnkXELx_H_zTuTfHwBoZICBWOlyHiIfYp4.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  2. Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  3. Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BAIK 2.0, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *