Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Ting 6 2024
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan kepada Tingkatan 6 Semester 1 untuk sekolah luar Wilayah Persekutuan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai cara-cara untuk memohon.
Mengenai MAIWP & Bantuan Am Persekolahan MAIWP
MAIWP adalah institusi telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 bersempena dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penubuhannya adalah untuk menjaga hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum ini diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya berikutan pengumumannya sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.
Salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh MAIWP adalah Bantuan Am Persekolahan yang diperkenalkan khusus kepada Tingkatan 6 Semester 1 yang bersekolah di sekolah luar Wilayah Persekutuan.
Oleh itu, pelajar Tingkatan 6 Semester 1 yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan borang permohonan perlu dihantar sebelum 31 Julai 2024.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk bantuan am ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.
- Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.
- Telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2024.
Cara Memohon
Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi cara berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://www.maiwp.gov.my/ atau mendapatkan borang permohonan di Cawangan PAZA MAIWP.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Hantar borang permohonan sama ada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 1 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya (bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Am Persekolahan MAIWP 2024, sila hubungi pihak MAIWP di talian:
- Kuala Lumpur: 019-2008458
- Putrajaya: 011-59496216
Baca juga: