Bantuan Awal Persekolahan Negeri Sembilan MAINS 2023

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa ibu bapa di Negeri Sembilan untuk memohon Bantuan Awal Persekolahan MAINS bagi sesi persekolahan tahun 2023.

Untuk pengetahuan, Bantuan Awal Persekolahan MAINS diberikan kepada ibu bapa yang layak dan mempunyai anak-anak yang bersekolah iaitu daripada peringkat pra sekolah sehingga sekolah menengah.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan MAINS ini dilaksanakan bagi membantu ibu bapa terutamanya mereka yang berpendapatan rendah untuk melakukan persiapan bagi sesi persekolahan baharu yang akan bermula pada tahun 2023.

Oleh itu, permohonan bantuan awal ini boleh dibuat mulai 10 November 2022 sehingga 28 Februari 2023 melalui borang permohonan yang disediakan.

Kategori Persekolahan

Pemberian bantuan awal ini diberikan kepada 3 kategori persekolahan iaitu:

  • Peringkat pra sekolah: Murid yang berumur 6 tahun sahaja.
  • Peringkat sekolah rendah: Murid yang berumur tahun 1 sehingga tahun 6 sahaja.
  • Peringkat sekolah menengah: Murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 sahaja.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon bantuan awal ini perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap beragama Islam.
  2. Pemohon bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Kelulusan tertakluk permohonan pemohon tertakluk kepada pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang bersekolah.

Kaedah Permohonan

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan yang disediakan melalui pautan https://mains.gov.my/v2/images/borang/borangpersekolahan2022.pdf
  2. Isi borang permohoan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan kepada Pejabat MAINS yang berhampiran iaitu:
  • Menara MAINS: Ibu Pejabat Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, Aras 14, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Port Dickson: No 3A – G , Jalan Waterfront 3 Port Dickson,Waterfront, 71000 Port Dickson.
  • Kuala Pilah: No,3 Tingkat 1, Jalan Angkasa Jaya, Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah.
  • Johol: No. 1, Bangunan Kedai Air Mawang, 73100 Johol, Negeri Sembilan.
  • Senawang: No.22, Taman Komersial Senawang, 70450 Seremban.
  • Tampin: PT 62, Tingkat 1, Tampin Square, Jalan Besar, 73000 Tampin.
  • Jempol: No 21 Jalan Casuarina 3, Pusat Perniagaan Casuarina, 72100, Bahau
  • Jelebu: No.12, Tingkat Atas, Kedai Perhentian Bas Kuala Klawang, 71600 Kuala Klawang, Jelebu.
  • Rembau: No 2,Tingkat Bawah, Bangunan RTC Rembau, Jalan Dato’ Sedia Raja, 71300 Rembau.
  • Nilai: Lot 196, Jalan Nilai Square 6, 71800 Nilai.
  • Gemas: Lot 2000/1-F, Jalan Besar Gemas, 73400 Gemas, Negeri Sembilan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan dan dihantar ke Pejabat MAINS adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan MyKid/MyKad/sijil kelahiran tanggungan.
  3. Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian (jika berkenaan).
  4. Salinan Slip Gaji/pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (jika bekerja).
  5. Salinan penyata akaun bank/pengesahan akaun bank.
  6. Salinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan MAINS ini, sila hantar email ke [email protected] atau layari https://mains.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: