Bantuan Kemasukan Ke IPTA/S Yayasan Sejahtera Kulai Fasa 2

Yayasan Sejahtera Kulai telah membuka permohonan fasa 2 bagi pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) dan memerlukan bantuan untuk memohon Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTS) Fasa 2.

Yayasan Sejahtera Kulai merupakan sebuah yayasan yang berpusat di Kulai, Johor yang dipengerusikan oleh YB Dato Mohd Jafni bin Md Shukor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Bantuan Kemasukan ke IPTA/S ini adalah khas untuk mereka yang bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.

Permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 9 November 2022 iaitu hari Rabu jam 2.00 petang.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Program Diploma: RM300.00
  • Program Ijazah Sarjana Muda: RM800.00

Syarat Umum

Syarat umum untuk pemohon yang ingin membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
  3. Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).
  4. Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
  5. Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.
  6. Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.
  7. Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.
  8. Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.
  9. Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  10. Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.
  11. Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.
  12. Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.
  13. Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.
  14. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1CK4cl_QQgnXP8QlzAHjt-7be3NhtGtfe/view?fbclid=IwAR1r55oKEshvg8d7LVd88U0mfA4s1nw8W2zB-5KvOPX0rxv1nv55JcddKY8.
  2. Lengkapkan borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar dokumen-dokumen tersebut ke alamat berikut:

    Yayasan Sejahtera Kulai,
    No 156 A, Jalan Susur Kulai 3,
    81000 Kulai,
    Johor Darul Takzim.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  2. Salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  3. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran kesemua isi rumah.
  4. Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Ke IPTA/S Yayasan Sejahtera Kulai Fasa 2, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07-6605348 atau Puan Azizah 011-33945449 atau En Zaimi 011-23415956.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: