bantuan-khas-anis

Permohonan Didik ANIS Fasa 2 Negeri Selangor 2022

M

enerusi kenyataan daripada EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud, permohonan Bantuan Khas ANIS dan Didik ANIS di bawah program ANIS akan dibuka tidak lama lagi.

Untuk makluman, ANIS atau singkatannya Anak Istimewa Selangor ialah program-program untuk anak istimewa Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.

Program-program ANIS ini diwujudkan untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.

Antara program yang dilaksanakan di bawah ANIS ialah Bantuan Khas ANIS dan Bantuan Didik ANIS yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta pada tahun ini.

Oleh itu, permohonan bagi kedua-dua bantuan ini akan dibuka mulai 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022 secara atas talian.

Mengenai Bantuan Khas ANIS

Bantuan Khas ANIS ialah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan, dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut.

Penerima bantuan khas ini akan menerima bantuan secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000.00 bagi satu keluarga.

Untuk tahun 2021 sahaja, sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan inisiatif ini.

Mengenai Bantuan Didik ANIS

Bantuan Didik ANIS adalah bantuan yang diberikan secara one-off kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja. 

Objektif pelaksanaan bantuan ini diwujudkan adalah untuk:

  • Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan EIP di negeri Selangor.
  • Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaik taraf keperluan di pusat tersebut
  • Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima EIP dengan lebih berkesan dan sistematik.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi Bantuan Khas ANIS akan dimaklumkan oleh pihak EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga Negeri Selangor.

Untuk Bantuan Didik ANIS, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  2. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

Kaedah Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman web https://www.anisselangor.com/ ketika tarikh permohonan telah dibuka.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web ANIS iaitu https://www.anisselangor.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top