Permohonan Bantuan Komputer Riba Mahasiswa MAIWP 2024

Mahasiswa yang memerlukan komputer riba boleh membuat permohonan Bantuan Komputer Riba kepada mahasiswa bagi tahun 2024 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Untuk mengetahui cara membuat permohonan, berikut disertakan cara untuk memohon bantuan ini.

Mengenai Bantuan Komputer Riba MAIWP

Bantuan Komputer Riba kepada mahasiswa ini merupakan bantuan yang disalurkan oleh MAIWP khusus bagi membantu mahasiswa untuk mempunyai komputer riba.

Tujuannya adalah bagi membantu mahasiswa mempunyai komputer riba bagi tujuan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang- kurangnya setahun).
  • Melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma atau Ijazah.
  • Pengajian sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Disember 2023 (Jumaat) dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui pautan https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/99-tawaran-bantuan-komputer-riba-kepada-mahasiswa-bagi-tahun-2024

Pemohon juga boleh terus ke pejabat yang beralamat seperti berikut

  • Kaunter Agihan Zakat MAIWP: Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • MAIWP Cawangan WP Putrajaya
  • MAIWP Cawangan WP Labuan

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan dalam permohonan adalah seperti berikut:

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport bagi pemohonan baru sahaja (menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan pemohon, suami, isteri dan tanggungan/surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
    (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).
  3. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini
    suami dan isteri/surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja) (Tempoh sah laku: 3 bulan)
  4. Satu salinan surat perakuan nikah/surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.* (Perkahwinan hendaklah didaftarkan di Malaysia sahaja)
  5. Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini / pengesahan
    masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
  6. Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.*
  7. Satu salinan kad memeluk Islam.*
  8. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tanggungan.*
  9. Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  10. Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar bagi tanggungan
    lain yang sedang belajar di IPT.*
  11. Satu salinan cukai pintu/bil utiliti yang terkini. (Tempoh sah laku : 3 bulan)
  12. Satu salinan surat tawaran kemasukan pelajar ke IPT (IPT Dalam Negara)/Surat pengesahan dari mana-mana agensi berautoriti yang boleh mengesahkan status
    pendaftaran di Luar Negara (IPT Luar Negara)
  13. Satu surat pengesahan pengajian IPT (asal/original) dan perlu nyatakan tempoh
    mula dan jangkaan tamat pengajian dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar/Jabatan Penuntut
    Malaysia/ Fakulti Pengajian. (Tempoh sah laku : 4 bulan)
  14. Satu salinan surat pengiktirafan pengajian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)/Jabatan Perkhidmatan Awam /Lembaga Akreditasi Negara/Agensi Kelayakan Malaysia
    (MQA) dari Jabatan Akademik Pelajar (bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf
    kursus profesional dan eksekutif sahaja).*

*jika berkenaan

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Bantuan Komputer Riba, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: