Permohonan Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Yayasan Amal Tenaga (YAT) telah membuka permohonan bantuan pelajaran kepada mereka yang memerlukan iaitu Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga.

Yayasan Amal Tenaga merupakan yayasan yang diwujudkan di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Permohonan bantuan pelajaran ini terbuka kepada keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah,
sekolah menengah dan penuntut universiti/Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf.

Pemohonan boleh membuat permohonan segera untuk memohon bantuan ini sebelum 15 Disember 2022.

Pembahagian & Kelayakan

Pembahagian dan kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM250.
  • Terhad kepada 250 keluarga yang mempunyai anak di sekolah menengah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM500.
  • Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak yang menuntut di universiti/Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf dengan bantuan pelajaran berjumlah RM750.

Prosedur Permohonan

Prosedur untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut http://www.koptnb.com/pdf/BorangBantuanPelajaran.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan mestilah dihantar melalui pos sahaja ke alamat berikut:

Yayasan Amal Tenaga
96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (kanak-kanak) yang jelas dan terang.
  3. iSalinan Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank.
  4. Salinan Nombor Akaun Bank/Slip Pengesahan akaun.
  5. Salinan Sijil Cerai/Sijil Kematian (suami / isteri) (jika perlu).
  6. Surat pengesahan pendapatan/slip gaji.
  7. Surat pengisytiharan pendapatan/Surat Akuan Sumpah.
  8. Surat pengesahan dari sekolah/universiti.

Info Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari laman web http://www.koptnb.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: