Belanjawanku KWSP: Panduan Perbelanjaan Individu & Keluarga

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan panduan kepada individu dan keluarga bagi mengurus perbelanjaan harian mereka iaitu Belanjawanku.

Belanjawanku merupakan panduan yang menunjukkan perbelanjaan minimum bulanan atas setiap kategori barangan dan perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah di Malaysia.

Selain itu, individu dan keluarga juga boleh menggunakan panduan ini untuk merancang perbelanjaan bagi mencapai taraf hidup yang baik.

Untuk makluman, panduan ini dikeluarkan berdasarkan pola perbelanjaan sebenar barangan dan perkhidmatan oleh isi rumah di Lembah Klang.

Belanjawanku Membantu Individu & Keluarga

Panduan ini akan membantu individu dan keluarga dari aspek:

  • Membantu merancang belanjawan diri dan keluarga
  • Menyusun atur tanggungan hutang
  • Meningkatkan kesiapsiagaan untuk perkara luar jangka

Perbelanjaan Lazim

Panduan ini akan merangkumi perbelanjaan lazim kepada individu dan keluarga iaitu:

  • Makanan- Makanan dan minuman bukan berakohol yang terdiri daripada barangan runcit untuk memasak di rumah, makan di luar dan dibawa pulang.
  • Tempat Tinggal
    – Bujang – Kos adalah berdasarkan kepada sewa bulanan bagi bilk yang ditengkapi dengan perabot.
    – Berkahwin/Keluarga/Ibu dan Bapa Tunggal – Kos adaaah berdasarkan kepada bayaran balik pinjaman perumahan/sewa bulanan, yang mana Iebih rendah.
    – Warga Emas – Kos adalah berdasarkan kepada bayaran balik pinjaman perumahan bagi rumah yang dibeli 20-30 tahun yang lepas atau sewaan bulanan semasa, yang mana Iebih rendah.
    – Lokasi tempat tinggal adalah dalam Iingkungan 30 km dari pusat bandaraya.
  • Kesihatan
    – Kesihatan 3 x lawatan ke klinik swasta (pengamal perubatan am)
    – 1 x lawatan ke doktor gigi swasta dalam tempoh setahun untuk rawatan penyakit biasa atau kecederaan bukan akut (jumlah tahunan dibahagikan dengan 12 bulan)
  • Utiliti- Terdiri daripada bil air elektrik, telefon pra/pasca bayar/internet/data peribadi dan TV Astro.
  • Penjagaan Anak
    – Kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah – penjagaan bayi, lampin, susu dan makanan bayi.
    – Kanak-kanak berumur 7-13 tahun – termasuk jagaan harian, wang saku, tuisyen, kelas agama dan aktiviti kokurikulum.
  • Simpanan Peribadi- Jumlah yang diperuntukkon bagi setiap isi rumah adalah berdasarkan perbincangan berfokus dengan peserta mengikut keupayaan mereka untuk menyimpan serta jumlah yang dianggap mencukupi.
  • Perbelanjaan Khusus- Terdiri daripada kos penyelenggaraan kenderaan, cukai jalan & insurans, yuran pendaftaran sekolah, pakaian & kasut, penyelenggaraan dan ansuran bulanan perabot & perkakas rumah (jumlah tahunan dibahagikan dengan 12 bulan).
  • Penglibatan Sosial- Penglibatan sosial termasuk sambutan perayaan, sambutan hari lahir, ulang tahun, jemputan ke mojlis perkahwinan dan sebagainya (jumlah tahunan dibahagikan dengan 12 bulan).
  • Perbelanjaan Pilihan- Termasuk sumbangan kepada ibu bapa, insurans perubatan, sukan dan rekreasi serta percutian, bergantung pada keutamaan individu (jumlah tahunan dibahagikan dengan 12 bulan).
  • Pengangkutan
    – Pengangkutan awam – semua jenis pengangkutan awam yang menggunakan tiket bermusim atau pas bulanan (jika ada)
    – Kenderaan persendirian – termasuk ansuran bulanan pinjaman kenderaan, minyak, tol Iebuh raya, dan caj parkir.
  • Penjagaan Diri- Merangkumi penjagaan badan, rambut dan kebersihan intim wanita, kebersihan oral dan dandanan asas.

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan ini merangkumi beberapa negeri di Malaysia iaitu:

  • Lembah Klang
  • Seremban
  • Bandar Melaka
  • Johor Bahru
  • Kuantan
  • Kuala Terengganu
  • Kota Bahru
  • Ipoh
  • Alor Setar
  • Georgetown
  • Kota Kinabalu
  • Kuching

Muat Turun Belanjawanku

Orang ramai boleh memuat turun panduan ini menerusi file di bawah:

Muat Turun Aplikasi Belanjawanku

Selain dokumen di atas, orang ramai boleh memuat turun aplikasi di:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: