Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan Akaun 2 KWSP

Salah satu cara untuk membayar balik pinjaman PTPTN adalah menggunakan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Untuk makluman, KWSP membenarkan pencarum atau ahli keluarga pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 2 untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.

Menariknya, terdapat beberapa kelebihan apabila melakukan pembayaran melalui KWSP seperti peminjam dibenarkan menggunakan simpanan daripada Akaun 2 KWSP peminjam atau pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).

Selain itu, peminjam boleh membayar amaun tunggakan, sebahagian atau sekali gus baki pinjaman pendidikan PTPTN dan tiada caj pemprosesan dikenakan malah boleh menikmati penjimatan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik.

Pengenalan Tentang Pinjaman PTPTN

Untuk peminjam yang ingin memohon pinjaman PTPTN, kelayakan pinjaman pendidikan PTPTN yang dimohon oleh pemohon adalah seperti di bawah:

Peringkat PinjamanKelayakan
MaksimumJika pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
75% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)
50% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)

Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada pemohon adalah mengikut mod pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa.

i) Pengajian Sepenuh Masa

ii) Pengajian Separuh Masa

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN.
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas.
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
  8. Telah membuka akaun Bank Islam dan SSPN-i/ SSPN-i Plus.

Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan Akaun 2 KWSP

Terdapat 6 langkah untuk memohon pembayaran balik pinjaman PTPTN menggunakan Akaun 2:

  1. Log masuk i-Akaun KWSP
    – Masukkan ID pengguna dan klik log masuk
    – Masukkan kata laluan dan klik teruskan
  2. Permohonan pengeluaran
    – Pilih ‘Pengeluaran’ pada menu utama
    – Klik ‘Permohonan Baharu’
    – Pilih jenis pengeluaran pendidikan dan lengkapkan maklumat pengajian
    – Klik ‘Seterusnya’
  3. Lengkapkan maklumat ahli dan amaun kelayakan
    – Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat perhubungan, maklumat pengeluaran dan butiran pembayaran balik.
    – Klik ‘Seterusnya’
  4. Semakan ringkasan permohonan pengeluaran
    – Semak maklumat permohonan dan klik permohonan TAC
    – Masukkan nombor TAC di khidmat pesanan ringkas (SMS) dan klik hantar
    – Jika maklumat anda lengkap, klik setuju untuk membuat perakuan diri
  5. Pengesahan permohonan pengeluaran
    – Permohonan berjaya dihantar
    – Status permohonan akan dihantar melalui SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP
  6. Hadir ke pejabat cawangan KWSP
    – Proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh KWSP.
    – Setelah PTPTN memproses maklumat ini, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh tujuh hingga 14 hari waktu bekerja.

Sumber: https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/langkah-mudah-bayar-balik-ptptn-guna-kwsp?fbclid=IwAR1DSNOwtrNvIc1VpaASIGQ37zS92-kdVvBopikc3CzaHoSjex-1xL-_6Jk

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: