Akaun 3 KWSP: Struktur & Tarikh Pelaksanaan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan memperkenalkan Akaun 3 kepada semua ahli yang terlibat.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai Akaun 3 KWSP

Akaun 3 merupakan akaun terbaharu yang diperkenalkan kepada ahli dan pencarum KWSP menerusi penstukturan semula akaun KWSP.

Tujuannya adalah untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Ini bermakna akaun ahli akan distruktur semula daripada 2 akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada 3 iaitu:
•  Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
•  Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
•  Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan penstrukturan ini akan bermula mulai 11 Mei 2024.

Mekanisme Penstrukturan

Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut: 75% ke dalam Akaun Persaraan, 15% ke dalam Akaun Sejahtera dan 10% ke dalam Akaun Fleksibel.

Antara 11 Mei 2024 dan 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelumnya Akaun 2) sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.

Jika ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera. 

Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan.

Sekiranya ahli membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel dan akaun-akaun yang lain (jika berkenaan) adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.

Untuk baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas, pindahan akan dibuat seperti berikut:

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
  • Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan.
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.

Untuk baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000, pindahan akan dibuat seperti berikut:

  • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel. 
  • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

Kaedah pindahan adalah mengikut pecahan seperti di bawah:

Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Bagi ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Akaun 3 KWSP, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my atau melalui KWSP i-Akaun.

 Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: