Permohonan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa pelajar-pelajar yang telah mendapat tawaran atau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam negara untuk memohon Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang.

Untuk makluman, Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang ini terbuka kepada pelajar ambilan baru sesi 2023/2024 dan pelajar sedia ada yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam dalam negara.

Untuk pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum atau pada 6 November 2023.

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Bidang pengajian untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditaja menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:

Bidang PengajianKursus
Klinikal dan KesihatanPerubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.
SasteraPengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.
Sains SosialTeknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.
KejuruteraanElektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.

Institusi Pengajian Yang Ditaja

Institusi pengajian yang ditaja untuk biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Lain-lain Universiti yang diiktiraf sebagai Universiti Awam.

Syarat Asas

Syarat asas untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal.
  5. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2023/2024) dari mana-mana Universiti Awam yang disenaraikan.
  6. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
  7. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
  8. Calon-calon kategori asnaf fakir dan miskin akan diberi keutamaan untuk menerima tawaran biasiswa ini.

Syarat Khusus

Syarat khusus untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Pelajar Ambilan Baru Sesi 2023/2024

  1. Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.30 keseluruhan atau
  2. Memperolehi Jayyid Jiddan bagi keputusan keseluruhan dalam Siijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); atau
  3. Lulus peringkat Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di akhir semester.

ii) Pelajar Yang Sedang Mengikuti Pengajian 

  1.  Memperolehi keputusan peperiksaan semasa, sekurang-kurangnya PNGK 3.30 atau setara dengannya.

Pemohon Tidak layak Memohon

Pemohon yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/Asasi/Pra-universiti/A-Level/O-Level atau yang setara.
  3. Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  4. Pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan pengajian atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.

Cara Memohon Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Permohonan boleh membuat permohonan mulai 16 Oktober 2023 (Isnin) dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat MAIWP di alamat berikut:

  • Kaunter Agihan Aras 3 Bangunan Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA).
  • MAIWP Cawangan WP Putrajaya.
  • MAIWP Cawangan WP Labuan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian 03-26399000 sambungan 20407/20408/20413/20415/20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: