Buku Program: Panduan, Contoh & Template

Guru yang akan menganjurkan program-program di sekolah sudah pastinya akan menyediakan Buku Program yang mengandungi maklumat mengenai program yang dijalankan.

Buku program adalah sebuah buku atau pamplet yang mengandungi maklumat program secara ringkas.

Lazimnya, buku ini diberikan kepada tetamu jemputan sahaja dalam sesuatu majlis yang dijalankan.

Matlamat utama buku ini dihasilkan adalah untuk memberikan gambaran umum kepada pada tetamu mengenai pengisian sesuatu majlis tersebut.

Isi Penting Buku Program

Penghasilan buku ini perlulah mengandungi beberapa isi penting seperti:

  • Tajuk program
  • Tarikh, masa, lokasi
  • Kata-kata aluan 
  • Pengenalan program
  • Matlamat/objektif program
  • Tentatif/aturcara majlis
  • Senarai aktiviti yang dijalankan
  • Senarai peserta
  • Senarai ahli jawatankuasa/pelaksana program
  • Lain-lain maklumat yang dirasakan sesuai

Contoh-Contoh

Antara contoh buku yang telah dihasilkan mengikut program yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

1) Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diraikan oleh guru setiap tahun di setiap sekolah.

Perkara utama yang perlu terkandung dalam buku tersebut adalah maklumat program dan aturcara yang mengandungi program-program yang dijalankan.

2) Sambutan Bulan Kebangsaan

Sambutan Bulan Kebangsaan lazimnya disambut pada bulan Ogos 2023 dan pihak sekolah akan mengadakan program sepanjang bulan tersebut.

Untuk majlis pelancaran program, buku di bawah boleh menjadi panduan kepada para guru yang bertanggungjawab menghasilkan buku ini.

3) Majlis Anugerah Kecemerlangan

Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan untuk meraikan murid-murid yang cemerlang di sekolah.

Buku berkaitan program ini lazimnya mempunyai maklumat program seperti perasmi, tarikh, tempat, dan masa serta senarai jawatankuasa pelaksana majlis tersebut.

4) Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada kebiasaannya diadakan bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar di sekolah tersebut.

Contoh buku berkaitan majlis ini boleh dirujuk seperti di bawah.

5) Jamuan Hari Raya

Kebanyakan sekolah menganjurkan Jamuan Hari Raya kepada para tetamu dan murid.

Oleh itu, antara perkara penting yang perlu ada dalam buku tersebut adalah maklumat program dan tentatif program seperti di bawah.

6) Mesyuarat Agung PIBG

Setiap tahun, sekolah-sekolah akan menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG.

Untuk majlis ini, maklumat seperti maklumat program, jawatankuasa dan penghargaan boleh dimasukkan ke dalam buku ini.

Download Template

Para guru atau orang awam yang ingin memuat turun template buku ini boleh melakukannya menerusi file di bawah.

Selain itu, pelbagai template yang lain juga boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.bukuprogram.com

Artikel Berkaitan: Resensi Buku: Contoh & Cara Membuat Ulasan Buku

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: