Cara Main Catur Bagi Pemula & Peraturannya

Bagi yang ingin mengetahui cara permainan catur yang sebenarnya, berikut dikongsikan cara main catur bagi pemula.

Catur adalah sejenis permainan papan bersaiz 8 x 8 petak yang dimainkan di antara dua pemain.

Permainan ini berasal dari India dan tersebar ke Eropah dimana peraturannya diubahsuaikan dalam keadaan terkini.

Kini, permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh dunia semada di rumah, di kelab-kelab catur, secara online, dan di dalam pertandingan.

Peraturan Main Catur

Terdapat beberapa peraturan permainan ini yang perlu diambil perhatian pemain:

  • Dalam permainan catur, terdapat dua orang pemain sahaja.
  • Semasa bermain permainan, pemain mesti berganti-ganti langkah, iaitu pemain dengan buah catur putih mestilah memulakan langkah dahulu.
  • Pawn tidak boleh melalui kotak yang telah diisi dengan buah catur lain kecuali Knight kerana buah catur ini mempunyai langkah yang berbeza dan boleh melompat ke atas kepingan lain.
  • Jika buah catur telah dipegang, ianya mestilah diletakkan di dalam kotak seterusnya melainkan jika ianya tidak boleh dilakukan seperti dihalang oleh buah catur lain.
  • Check adalah istilah atau tanda apabila buah catur lawan berada dalam kedudukan yang boleh menyerang King. Dalam permainan, anda mesti menggerakkan King keluar dari kotak, menyekat dengan buah catur lain lain, atau menyerang balas buah catur yang menyerang King tersebut.
  • Checkmate adalah istilah untuk memberi petanda King tidak dapat dilindungi lagi. Ini bermakna kedudukan King telah disekat dan telah terperangkap walupun King tersebut bergerak daripada kotaknya.
  • Meletakkan King lawan anda dalam “Checkmate” adalah satu-satunya cara untuk memenangi permainan.

Cara Main Catur

Untuk bermain permainan ini, pemain perlu mengikuti langkah-langkah ini:

1. Susun atur buah catur

Untuk memulakan permainan catur, anda perlu menyusun buah catur terlebih dahulu.

Penyusunan buah catur perlu dilakukan menerusi kaedah berikut:

  • Baris kedua diisi 8 Pawn sahaja.
  • Kedua Rook diletakkan di sudut kanan dan kiri pada baris pertama.
  • Knight mestilah berada di sebelah Rook.
  • Bishop berada di sebelah Knight.
  • Queen berada di sebelah King.

2. Pawn

Pawn merupakan buah catur yang mempunyai kedudukan paling hadapan dalam permainan catur.

Mengikut peraturan, Pawn hanya boleh bergerak satu petak ke hadapan, kecuali apabila membuat langkah pertama, kerana ia boleh bergerak sebanyak 2 petak.

Apabila menyerang, Pawn hanya boleh memakan lawan secara menyerong di hadapannya.

Perlu diingatkan Pawn hanya boleh bergerak ke hadapan dan tidak boleh berundur.

3. Rook

Rook merupakan buah catur dengan gerakan yang paling mudah untuk dipahami, yaitu dapat melangkah sejauh yang diingini.

Namun, langkahnya hanya boleh ke hadapan dan kebelakang sahaja.

4. Knight

Knight adalah satu-satunya buah catur dengan gerakan unik yang berbentuk L, dengan dua petak ke hadapan, ke belakang, atau ke sisi.

Di samping itu, Knight adalah satu-satunya buah catur yang boleh “melompat” dari papan.

Ini bermakna Knight tidak boleh disekat jika terdapat buah catur lain di antara petak sasaran.

5. Bishop

Bishop juga merupakan buah catur yang dapat melangkah jauh, namun gerakannya hanya dalam garis diagonal dan di dalam kotak menuju arah tujuan dalam keadaan kosong. 

cara main catur chess

6. Queen

Queen dikatakan sebagai buah catur terkuat karena dapat bergerak ke segala arah.

Dengan menggunakan Queen, pemian boleh melangkah ke mana saja, ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang, dan juga secara diagonal.

cara main catur chess

7. King

King merupakan buah catur yang menentukan pemenang dalam permainan.

Namun, pergerakan buah catur ini sangat terbatas karena hanya dapat bergerak dengan satu langkah (kotak) ke segala arah. 

Sumber rujukan : ChessFox

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: