SPGATM: Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia

Bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mereka boleh menyemak penyata gaji mereka menerusi Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM).

SPGATM merupakan sistem yang membolehkan semua pegawai dan anggota tentera membuat semakan penyata gaji secara bulanan.

Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2019 untuk memudahkan anggota tentera menyemak penyata gaji bulanan mereka.

Ini akan memudahkan mereka memeriksa penyata gaji mereka secara mudah di mana-mana sahaja pada bila-bila masa tanpa perlu melakukannya secara manual.

Maklumat Elaun, Insentif & Kemudahan Anggota ATM

Berikut merupakan maklumat elaun, insentif, dan kemudahan anggota ATM iaitu:

i) Elaun

  • Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai sebanyak RM1500.00 setiap 3 tahun sekali.
  • Elaun Pakaian Tahunan Pegawai sebanyak RM500.00 setahun.
  • Tuntutan perjalanan ke tempat kerja.
  • Elaun Bantuan Sara Hidup.
  • Elaun Kepakaran bagi yang layak.
  • Elaun insentif khas ATM RM200.00 sebulan.

ii) Insentif

  • Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
  • Bonus tahunan (jika ada).
  • Khairat kematian sebanyak RM3000.00.

iii) Kemudahan

  • Rawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.
  • Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).
  • Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.
  • Rumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.
  • Penginapan serta sajian di Wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.
  • Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.
  • Rebet 25% Tambang KTMB.
  • Waran perjalanan.
  • Insuran Kelompok ATM.
  • Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.
  • Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.
  • Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:
    – Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
    – Rawatan di Institut Jantung Negara.
    – Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.
    – Rawatan kemandulan primer.
    – Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
    – Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
    – Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)
  • Bantuan perbekalan alatan.
    – Pembekalan lat Ortopedik.
    – Pembekalan kerusi roda.
    – Alatbantu pendengaran.
    – Pembekalan alat-alat lain.
  • Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.
  • Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
  • Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
  • Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
  • Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
  • Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) –Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
  • Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Tarikh Pembayaran Gaji 2023

Tarikh pembayaran gaji bagi anggota ATM untuk tahun 2023 boleh dirujuk melalui gambar di bawah:

Tatacara Login SPGATM

Untuk login ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://spgatm.ugat.mil.my/.
  2. Masukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan dan emel (untuk login kali pertama).
  3. Tukar nama pengguna dan kata laluan untuk tujuan keselamatan.
  4. Semakan penyata gaji boleh dilakukan.

Info Lanjut Mengenai SPGATM

Info lanjut mengenai SPGATM, sila layari laman web https://spgatm.ugat.mil.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: