Cara Beli No Plat Kenderaan Khas UiTM

Bagi alumni UiTM atau orang ramai yang berminat untuk mendapatkan no plat kenderaan khas UiTM, pembelian no plat tersebut boleh dibuat secara atas talian.

Untuk pengetahuan anda, UiTM merupakan salah satu universiti yang menawarkan pembelian no plat kenderaan kepada mereka yang berminat.

Bagi mereka yang berminat, penjualan dan pendaftaran bagi pemberlian no plat ini boleh dibuat sehingga 1 Disember 2025.

Penjualan No Plat Universiti

Kebenaran penjualan no plat universiti dibuat pada tahun 2019 setelah kerajaan membuat keputusan dasar untuk memberi kelonggaran kepada Universiti Awam (UA) mempunyai nombor pendaftaran khas kenderaan.

Kebenaran tersebut diberikan bagi meningkatkan dana universiti menerusi penjualan nombor plat khas yang boleh digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan universiti.

Bayaran sebanyak RM500,000 dikenakan bagi setiap permohonan dan UA akan diberikan sebanyak 10,000 nombor bermula dari nombor 1 sehingga 9999, dengan tempoh tiga tahun diberikan untuk menjalankan penjualan nombor tersebut.

Kelonggaran penjualan no plat ini juga diberikan selepas kerajaan tidak lagi membenarkan pemberian no plat kenderaan kepada badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak persendirian.

Harga Jualan

Harga jualan yang ditawarkan adalah serendah RM150 dan ianya tertakluk kepada no plat yang ditawarkan.

Tatacara Pembelian No Plat Kenderaan Khas UiTM

Untuk memberi no plat tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://uitmno.uitm.edu.my/.
  2. Klik pautan “Buy Now” (status belum dijual dan available sahaja) untuk membuat pembelian.
  3. Isi maklumat buyer information, owner information (jika ada), agent/introducer (jika ada) dan klik butang “Purchace.”
  4. Status akan berubah daripada belum dijual/available kepada telah ditempah/booked (notifikasi emel berkaitan resit pembayaran akan dihantar kepada pembeli oleh uitmpay).
  5. Status akan berubah daripada telah ditempah/booked kepada telah dibayar/paid setelah semakan dibuat oleh Admin UiTMNO (notifikasi emel berkaitan pengesahan pembayaran akan dihantar kepada pembeli oleh UiTMNO.
  6. Notifikasi emel berkaitan kelulusan pembelian akan dihantar oleh UiTMNO.
  7. Pembeli perlu menghubungi pejabat bendahari dan ambil sendiri surat/sijil kelulusan atau melalui pos.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembelian no plat khas kenderaan UiTM, sila hubungi En Ahmad Faisal Mohd Yunos di talian 017-3887713.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: