Cara Mohon Guru Ganti MySTEP KPM 2023
Bgai mereka yang berminat untuk menjadi guru ganti, mereka boleh memohon untuk menjadi guru ganti menerusi skim guru ganti MySTEP.
Untuk pengetahuan umum, MySTEP atau Malaysia Short-Term Employment Programme adalah inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.
Ia disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Tempoh kontrak perkhidmatan MySTEP adalah minimum 1 bulan dan maksimum dua belas 12 bulan.
Salah satu pekerjaan yang ditawarkan menerusi inisiatif ini adalah guru ganti yang diikilankan mengikut keperluan dan kehendak sekolah.
Mengenai Guru Ganti
Apakah yang dimaksudkan dengan guru ganti?
Guru Ganti seperti yang difahami adalah guru yang menggantikan guru lain yang tidak dapat berada di sesebuah sekolah pada tempoh waktu tertentu.
Lazimnya, guru ganti akan mengantikan guru tetap yang mengambil cuti sakit, cuti bersalin atau lain-lain sebab atas sebab yang dibenarkan.
Tempoh perkhidmatan guru ganti tersebut hanya berkuat kuasa semasa tempoh cuti yang diambil oleh guru tetap tersebut.
Tugas Guru Ganti
Antara tugas utama guru ganti adalah seperti:
- Menyertai atau terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang telah disusun oleh pihak sekolah.
- Menyediakan buku persediaan mengajar bagi guru tetap yang diganti.
- Meneruskan pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru tetap yang diganti.
- Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
Syarat Umum
Syarat umum bagi permohonan guru ganti MySTEP adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
- Pemohon berumur antara 18 sehingga 30 tahun (bukan Siswazah) atau 18 sehingga 35 tahun (Siswazah).
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM)/Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi/IV Senawi.
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
- Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan.
Iklan Guru Ganti MySTEP 2023
Tangga gaji yang ditawarkan bagi guru ganti ini adalah seperti berikut:
- Lepasan SPM: RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
- Lepasan Diploma/STPM/STAM: RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda: RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)
Iklan perjawatan bagi guru ganti ini boleh dirujuk melalui iklan di bawah:
Info Lanjut
Permohon yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan menerusi skim di MySTEP, sila daftar di laman sesawang rasmi MySTEP iaitu https://mystep.mof.gov.my/form.