eGTukar: Permohonan Pertukaran Guru Sekolah KPM
eGTukar adalah sistem pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah) dan guru.
Sistem adalah merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
Sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Kategori Pengguna
Terdapat dua pengguna utama sistem eGTukar ini iaitu guru dan pentadbir sistem:
- Guru: Hanya pengguna (guru) yang telah didaftarkan oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem ini.
- Pentadbir sistem: Hanya pentadbir sistem yang telah dilantik sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan oleh KPM.
Kriteria Pertukaran
Kriteria pertukaran yang melayakkan guru untuk memohon pertukaran adalah seperti berikut:
- Kekosongan jawatan
- Kepentingan perkhidmatan
- Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
Jenis Guru Layak Memohon
Terdapat beberapa jenis guru yang layak memohon pertukaran melalui eGTukar iaitu:
- Guru Cemerlang
- Guru Tingkatan 6
- Guru Penolong Gred DG29
- DG32 (KUP Time-based)
- DG34 (KUP Time-based)
- DG38 (KUP Time-based)
- DG41
- DG42
- DG44 (KUP Time-based)
- DG48 (KUP Time-based)
- DG52 (KUP Time-based)
- DG54 (KUP Time-based) sahaja
Cara Login eGTukar
Untuk login eGTukar, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan dan kemudiannya klik ‘OK.’
- Setelah berjaya masuk, klik ‘Permohonan.’
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Klik ‘Hantar’ setelah selesai melengkapkan permohonan.
- Cetak permohonan untuk rujukan.
Soalan Lazim
Tarikh keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman web eGTukar secara dalam talian.
Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan, dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri dipohon.
Tiada pertukaran suka sama suka dilaksanakan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 1975 Panduan Pertukaran Guru.
Keputusan adalah muktamad dan tiada permohonan rayuan dibuka. Para guru dinasihatkan untuk membuat permohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang.
Maktlumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai eGTukar, sila layari laman web https://epgo.moe.gov.my/.