Semakan Keputusan & Penempatan Guru DG41 Pengambilan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan bagi permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau guru bagi gred DG41 pengambilan khas secara one-off akan dilakukan pada 18 Mac 2022.

Untuk makluman, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 pengambilan khas secara one-off Tahun 2021 secara besar-besaran pada 7 Julai 2021.

Menerusi permohonan tersebut, pemohon yang layak telah disaring dan ditemu duga untuk memastikan mereka layak bagi pengambilan khas secara one-off ini.

Mengenai Pengambilan Khas

Pengambilan khas guru DG41 secara one-off ini dibuka dengan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang berminat untuk menjadi seorang guru.

Pengambilan ini dibuat bagi mengatasi masalah kekurangan guru terutamanya di beberapa buah negara dan melibatkan beberapa subjek yang memerlukan pengambilan guru ini dijalankan.

Jumlah Calon Berjaya

Untuk pengambilan khas guru DG41 pengambilan khas secara one-off ini, seramai 4,828 calon yang telah berjaya dalam permohonan.

Mereka yang berjaya akan melapor diri mengikut penempatan yang ditetapkan mulai 4 April 2022.

Penempatan Guru

Bagi calon yang berjaya dalam permohonan mereka, mereka boleh terus membuat semakan bagi mengetahui penempatan mereka bagi tujuan lapor diri.

Untuk tujuan semakan penempatan, semakan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM
di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

Cara Membuat Semakan Penempatan

Semakan penempatan boleh dibuat secara atas talian melalui portal e-Graduan KPM.

Cara membuat semakan penempatan boleh dilakukan dengan merujuk langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://egraduan.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Pendaftaran Pengguna.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Simpan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan butiran ID, kata laluan dan no. kad pengenalan diikuti dengan butang ‘Login.’
  5. Kemudian, semak penempatan yang ditetapkan oleh KPM setelah berjaya log masuk.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai penambilan khas guru ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: