Permohonan Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan K. Lumpur

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Guru Tabika Perpaduan di Kuala Lumpur, permohonan bagi jawatan kosong ini telah dibuka.

Tawaran jawatan ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas bagi mengisi kekosongan perjawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29 di bawah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.

Untuk makluman, Tabika Perpaduan merupakan institusi pendidikan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang mula ditubuhkan pada 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Tabika ini mengikuti dan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Oleh itu, permohonan bagi jawatan kosong guru Tabika Perpaduan Kuala Lumpur ini dibuka sehingga 31 Mac 2023.

Deskripsi Tugas Guru Tabika Perpaduan

Antara deskripsi tugas bagi seorang guru Tabika Perpaduan adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.
  • Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod, dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
  • Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yeng digunakan di Tabika.
  • Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Gaji & Elaun

Gaji dan elaun yang ditawarkan bagi jawatan kosong ini adalah seperti berikut:

  • Gaji: RM1,493.00-RM5672.00
  • Elaun:
    – Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00
    – Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM160.00
    – Elaun Bantuan Sara Hidup: RM350.00

Syarat Permohonan Guru Tabika Perpaduan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Pemohon hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Institusi Pengajian di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Pemohon memperolehi sekurang-kurangnya “Kepujian” (gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia dan 3 mata pelajaran yang lain serta “lulus” mata pelajaran Matematik/Bahasa Inggeris.
  5. Keutamaan adalah bagi pemohon kalangan wanita berasal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor/Putrajaya.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan jawatan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Klik pautan berikut iaitu https://drive.google.com/drive/folders/1-Pt6QgsGH0RbAYRkfqNzYjbzq6VYUmyA?fbclid=IwAR069JkrKhFHK_O7wRgImMJOP2yAsS7crlxo7nbmKWf6AEcgr5Xoz38Z_Lk.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kementerian Perpaduan Negara,
    Tingkat 27, Menara TH Selborn,
    No.153, Jalan Tun Razak,
    50400 KUALA LUMPUR.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil Peperiksaaan SPM atau yang setaraf dengannya
  • Sijil Diploma berserta transkrip
  • Sijil Vaksinasi Covid-19
  • Lesen Memandu (jika ada)

Perlu diingatkan semua dokumen tersebut perlu disahkan sama ada Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/Pengetua Sekolah/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong guru Tabika Perpaduan ini, sila hubungi no. telefon di talian 03-2602 4500 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: