Cara Mohon Kemasukan Tahun 1 Sekolah Rendah KPM 2022 & 2023

Ibu bapa yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka ke tahun 1 di sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2022 dan 2023, permohonan kemasukan boleh dibuat tidak lama lagi.

Untuk makluman, pendaftaran sekolah secara online boleh dibuat melalui portal KPM secara atas talian iaitu Portal SPS iaitu Modul Pengurusan Murid.

Portal SPS dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa bagi mendaftar anak-anak mereka bagi kemasukan ke tahun 1.

Mengenai Portal SPS

Portal SPS diwujudkan oleh KPM bagi permohonan murid ke Tahun 1 secara atas talian.

Menerusi portal ini juga, ibu bapa boleh membuat semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa perlu mengisi borang manual.

Tarikh Permohonan

Permohonan kemasukan ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 secara online  melalui Portal SPS boleh dibuat bermula 1 Mac 2021.

Syarat Pendaftaran

Ibu bapa yang ingin mendaftar anak mereka bagi kemasukan tahun 1 untuk sesi 2022 dan 2023 perlu memenuhi syarat pendaftaran iaitu:

  1. Umur persekolahan bagi tahun 1 bagi sesi 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
  2. Umur persekolahan bagi tahun 1 bagi sesi 2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan tahun 1 melalui Portal SPS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari Portal SPS iaitu https://public.moe.gov.my/

2. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1.

3. Klik butang ‘Pengguna Baru.’

4. Masukkan nombor mykid sebagai id pengenalan murid untuk pengesahan.

5. Sila isi Maklumat Murid di ruang yang ditetapkan dan kemudian klik butang ‘Simpan dan Seterusnya.’

6. Kemudian isi Maklumat Kesihatan dan kemudian klik butang ‘Simpan dan Seterusnya.’

9. Isi Maklumat Penjaga dan klik butang ‘Simpan dan Seterusnya.’

10. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan dan klik ‘Peraku Benar dan Hantar’ di bahagian paling bawah menu.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai PPD berdekatan yang boleh dirujuk melalui pautan berikut https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: