Permohonan Dermasiswa Zakat IPT Co-opbank Pertama 2024
Mahasiswa yang menuntut di IPTA/IPTS yang memerlukan bantuan pembiayaan pelajaran adalah dialu-alukan memohon Dermasiswa Zakat IPT Co-opbank Pertama 2024.
Berikut merupakan info dan maklumat mengenai dermasiswa zakat ini.
Mengenai Dermasiswa Zakat IPT
Dermasiswa Zakat IPT Co-opbank Pertama ialah pembiayaan pelajaran yang menggunakan sumber Dana Wakalah PPZ MAIWP dan Zakat Pulau Pinang.
Bantuan dermasiswa ini dibuat atas kecemerlangan pengajian tinggi ini adalah bersifat “One-off.”
Oleh kerana itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 1 Mei 2024 sehingga 15 Jun 2024.
Jumlah Dermasiswa
Jumlah dermasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang layak adalah berjumlah RM5,000.
Syarat Permohonan
Syarat untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:
- Mahasiswa yang menuntut di IPTA/IPTS dengan status pengajian cemerlang mendapat skor CGPA 3.0 ke atas.
- Jumlah pendapatan isi rumah hendaklah dalam lingkungan B40 sehingga M40.
- Sumbangan atas kecemerlangan pengajian tinggi ini adalah bersifat “one-off” dengan pembuktian dokumen kecemerlangan.
- Keputusan permohonan adalah muktamad dan tidak boleh membuat rayuan.
- Disarankan menggunakan laptop/komputer bagi mengisi permohonan ini.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Buka akaun simpanan Salam Co-opbank Pertama di cawangan yang berhampiran.
- Kemudian, klik pautan permohonan https://bit.ly/dermasiswaCBP.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang “Hantar” untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga.
- Slip Gaji Ibu Bapa (jika ada).
- Salinan Kad Pengenalan Mahasiswa.
- Salinan Kad Matrik/Kad Pelajar.
- Surat Akuan/Pengesahan Pelajar oleh universiti.
- Salinan Keputusan CGPA Terkini.
Jika tiada bayaran diterima selepas 30 Julai 2024, permohonan dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Dermasiswa Zakat IPT Co-opbank Pertama 2024, sila layari laman web https://www.cbp.com.my/.
Baca juga: