DGL: Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA

FELDA melalui Yayasan Felda menawarkan tajaan kepada pelajar lepasan SPM 2021 khusus kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA, dan anak petugas Kumpulan FELDA menerusi Program Global Digital Leadership (DGL).

DGL merupakan tajaan pelajar cemerlang kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA , dan anak petugas Kumpulan FELDA untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Untuk makluman, program ini adalah cetusan dan ilham Pengerusi FELDA bagi melahirkan insan berkepimpinan pendigitalan global kearah ‘Greater of the Future’.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dan tarikh tutup permohonan ini adalah selepas 14 hari keputusan SPM diumumkan.

Perincian Tawaran

Menerusi program ini, pelajar akan ditawarkan dengan tawaran berikut:

  • Tawaran tajaan peringkat Foundation dan Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).
  • Elaun sara hidup sepanjang pengajian.
  • Kemudahan penginapan.
  • Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme.
  • Neuro Linguistic Programming (NLP).

Program Pengajian

Program pengajian yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology)

  • BSc (Hons ) in Information Technology
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism In Information System Security
  • BSc (Hons) in Information Technologu with a specialism in Cloud Computing
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Network Computing
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Mobile Technology
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Internet of Things (IoT)
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Digital Transformation
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Financial Technologu (FinTech)
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Business Information Systems
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Software Engineering
  • Bsc (Hons) in Software Engineering
  • Bsc (Hons) in Computer Science
  • Bsc (Hons) in Computer Science
  • Bsc (Hons) in Computer Science with a specialism in Data Analytics
  • Bsc (Hons) in Computer Science with a specialism in Digital Forensics
  • Bsc (Hons) in Computer Science (Cyber Security)
  • Bachelor of Computer Science (Hons) Intelligent Systems
  • BSc (Hons) in Multimedia Technology
  • BSc (Hons) in Multimedia Technology with a specialism in VR/AR.
  • BSc (Hons) in Computer Games Development

ii) Foundation (Laluan computing & Technology)

  • APU Certified Java Developer
  • APU Certified Cybersecurity Engineer
  • APU Certified Data Engineer
  • APU Certified Data Cloud Practitioner
  • APU Certified Network Administrator
  • APU Certified Animator
  • APU Certified Digital Marketing Specialist

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021.
  2. Merupakan Anak Peneroka/Generasi Baharu FELDA/anak petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.
  3. Pemohon merupakan lepasan SPM 2021.
  4. Pemohon mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.
  5. Pemohon mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.

Cara Memohon

Permohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfSy0OFGa8bRhDogHK26I4MtidzMbQ-Qow0U89XjXiUc1B52g/viewform.
  2. Isi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai DGL, sila hubungi:

  • Norhana (Bahagian Latihan Yayasan FELDA): 016-4910711 ([email protected])
  • Shahrul (Bahagian Pendidikan dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA): 013-2601304 ([email protected])

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *