e-Jawi Makmur: Terjemah Rumi Ke Jawi Secara Online

Tahukah anda, anda kini boleh menterjemah rumi ke jawi menerusi laman e-Jawi Makmur?

Anda kini boleh menterjemah rumi ke jawi hanya secara atas talian menerusi laman e-Jawi Makmur yang dibangunkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Laman web ini dibangunkan untuk membantu orang ramai memartabatkan semula tulisan jawi yang telah digunakan sejak sekian lama.

Tambahan pula, laman web ini adalah sebahagian daripada usaha MUIP memartabatkan tulisan Jawi sebagai simbol dan warisan kebudayaan bangsa Melayu.

Sebelum ini, MUIP aktif memartabatkan tulisan jawi menerusi penganjuran siri-siri bengkel dan seminar Jawi yang melibatkan institusi pendidikan di seluruh daerah di negeri Pahang.

Mengenai Tulisan Jawi

Tulisan Jawi adalah simbol dan warisan kebudayaan bangsa Melayu yang telah dipraktikkan sejak awal kurun ke-13 Masihi di Tanah Melayu2.

Perkara ini dibuktikan dengan kewujudan serta penemuan Batu Bersurat serta manuskrip-manuskrip Melayu purba.

Tulisan Jawi lebih banyak dikaitkan dengan agama Islam kerana hampir keseluruhan huruf-huruf yang digunakan diambil daripada tulisan Arab yang merupakan bahasa kepada kitab suci al-Quran al-Karim.

Menurut pengkaji tulisan Jawi, penciptaan tulisan Jawi berlaku dalam tradisi bahasa Melayu dalam wilayah budaya Melayu dan ia memberi kesan yang amat besar kepada bahasa Melayu, bangsa Melayu malah kepada alam Melayu keseluruhannya.

Penciptaan sistem tulisan Jawi terbentuk oleh kesepaduan rangkaian :

  • Aksara Arab, bahasa Arab dan bangsa Arab. Ini kerana aksara Jawi hasil penyerapan langsung daripada aksara Arab.
  • Bahasa Melayu dan bangsa Melayu, ini terjadi kerana tulisan Jawi dicipta oleh orang Melayu dalam tradisi bahasa Melayu. Pada masa yang sama orang Melayu juga menuturkan bahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi sebagai alat berhubung di kalangan mereka.
  • Agama Islam, ini terjadi kerana sistem tulisan Jawi menjadi media penyebaran Islam seterusnya mendominasi tradisi keilmuan Islam. Bukan itu sahaja bahkan tulisan Jawi adalah asas untuk mempelajari dan membaca Al-Quran untuk kepentingan ibadah dalam Islam.

Kelebihan Laman Web e-Jawi Makmur

Antara kelebihan laman web ini yang boleh dinikmati oleh orang ramai adalah:

  • Mudah digunakan.
  • Hasil terjemahan yang pantas.
  • Penggunaan secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi yang mempunyai perkhidmatan internet.

Cara Penggunaan e-Jawi Makmur

Orang ramai boleh menggunakan laman web ini menerusi cara penggunaan berikut:

  1. Layari laman web https://www.ejawimakmur.my/.
  2. Klik butang ‘Klik Di Sini.’
  3. Masukkan perkataan yang ingin diterjemahkan.
  4. Klik butang ‘Rumi—-> Jawi.’
  5. Penterjemahan selesao

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai e-Jawi Makmur, sila hantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: