Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2024

Penerima bayaran faedah PERKESO boleh membuat semakan tarikh bayaran faedah PERKESO bagi tahun 2024.

Untuk mengetahui tarikh bayaran faedah ini, sila rujuk maklumat seterusnya.

Mengenai Bayaran Faedah PERKESO

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).

Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.

Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Skim Pelindungan Kepada Pencarum

i) Skim Keilatan

Individu yang dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Menerusi skim ini, ianya memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

ii) Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:

  • Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan: Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.
  • Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan:
    – Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya.
    – Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya.
    – Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan.
  • Kemalangan Semasa Kecemasan: Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
  • Penyakit Khidmat: Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Contoh Penyakit Khidmat:
    – Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan.
    – Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya.

Penentuan Kadar Caruman

Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya.

Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.

Tarikh Pembayaran Faedah PERKESO 2024

Tarikh pembayaran faedah PERKESO 2024 boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

BulanTarikh Bayaran HariCatatan
Januari31 Januari 2024Rabu
Februari1 Mac 2024Jumaat
Mac1 April 2024Isnin
April30 April 2024Selasa
Mei24 Mei 2024Jumaat30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan
1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak
Jun11 Jun 2024Selasa17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban
Julai1 Ogos 2024Khamis
Ogos30 Ogos 2024Jumaat
September1 Oktober 2024Selasa
Oktober25 Oktober 2024Jumaat31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali
November29 November 2024Jumaat
Disember19 Disember 2024Khamis25 Disember 2024 bersamaan Hari Krismas

Info Lanjut

Info lanjut mengenai tarikh bayaran faedah PERKESO 2024, sila layari laman web https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/rujukan/tarikh-bayaran-faedah.html.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: