e-Kolej UiTM: Semakan & Rayuan Permohonan Kolej Kediaman

e-Kolej UiTM merupakan satu sistem yang membolehkan pelajar membuat semakan dan rayuan berhubung permohonan mereka mendiami kolej kediaman di dalam UiTM.

UiTM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 yang mempunyai 12 buah kampus negeri iaitu 7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi, 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu.

Sehingga kini, universiti ini mempunyai lebih 175,200 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang.

Kriteria Tawaran Kolej Kediaman UiTM

Terdapat beberapa kriteria tawaran bagi kolej kediaman UiTM iaitu:

  • Merujuk polisi penempatan UiTM.
  • Pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.
  • Pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.
  • Pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga B40.
  • Pelajar semester akhir dari keluarga B40.

Cara Semakan Permohonan Kolej Kediaman UiTM

Untuk membuat semakan permohonan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal i-Student Portal di pautan https://istudent.uitm.edu.my/index_isp.htm.
  2. Log masuk portal tersebut.
  3. Pergi ke bahagian “eHEP System.”
  4. Klik “Keputusan Permohonan/Rayuan Kolej”
  5. Cetak Slip Pra-Pendaftaran.

Permohonan Rayuan

Untuk permohonan rayuan, terdapat beberapa pelajar yang layak untuk memohon rayuan iaitu:

  • Pelajar Non-Residen (NR)
  • Pelajar yang gagal permohonan kolej melalui sistem e-Kolej UiTM
  • Pelajar yang tidak membuat permohonan kolej

Bagi pelajar yang ingin membuat rayuan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal i-Student Portal di pautan https://istudent.uitm.edu.my/index_isp.htm.
  2. Login portal tersebut.
  3. Pergi ke bahagian “eHEP System.”
  4. Klik “Borang Rayuan Permohonan Kolej.”
  5. Isi borang rayuan tersebut dengan lengkap.
  6. Hantar borang tersebut.

Portal NRHome

Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kolej kediaman, UiTM telah menyediakan Portal NRHome bagi memudahkan pelajar untuk mendapat rumah sewa mereka.

Untuk membuat carian rumah dan mendaftar dalam portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://nrhome.uitm.edu.my/.
  2. Login menggunakan ID pelajar.
  3. Cari rumah sewa di kawasan berdekatan yang diingini.
  4. Hubungi Tuan Rumah atau Ejen yang berkenaan untuk dapatkan maklumat rumah yang ingin disewa.
  5. Tandatangan Perjanjian Penyewaan Rumah.
  6. Kemaskini maklumat dalam i-Student Portal.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai penempatan kolej UiTM, sila hubungi Unit Kemudahan Kolej di talian 03-5544 3520.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: