PJJ USM: Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda 2023/2024

Individu yang berminat ingin melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ), permohonan PJJ USM bagi sesi 2023/2024 telah dibuka.

USM merupakan salah sebuah Universiti Awam di Malaysia yang mana kampus utamanya terletak di George Town, Pulau Pinang.

Selain itu, universiti ini mempunyai 3 buah kampus lain iaitu sebuah di Seberang Perai dan di Kelantan serta sebuah kampus luar negara yang menawarkan kursus Sains Perubatan di India.

Sejarah Penubuhan USM

USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.

Pada waktu itu, universiti ini beroperasi di Bukit Gelugor namun pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan seperti mana hari ini yang berkeluasan 239.4 hektar.

Universiti ini turut mempunyai dua kampus lain iaitu Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan.

Pusat Pengajian

Pusat pengajian yang wujud di dalam universiti ini adalah seperti berikut:

i) Kampus Induk USM, Pulau Pinang

  • Pusat Pengajian Pengurusan
  • Pusat Pengajian Sains Komputer
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Pusat Pengajian Seni
  • Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
  • Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  • Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
  • Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Pusat Pengajian Sains Farmasi
  • Pusat Pengajian Sains Kajihayat
  • Pusat Pengajian Sains Fizik
  • Pusat Pengajian Sains Matematik
  • Pusat Pengajian Sains Kimia
  • Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan
  • Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

ii) Kampus Kejuruteraan Sri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang

  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

iii) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan

  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan
  • Pusat Pengajian Sains Pergigian

Keistimewaan PJJ USM

Antara keistimewaan pengajian ini buat pelajar adalah seperti berikut:

  • Potongan 50% Yuran Pengajian untuk CaIon 50 tahun ke atas
  • Pengecualian Wang Proses kepada Staf/ Pesara/ Pasangan Staf dan Anak Staf USM
  • Kelulusan APEL A Tahap 6 Diterima Jika Tidak Melepasi Spare Kemasukan

Program Pengajian Ditawarkan

Program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Pengurusan

  • Kewangan
  • Pemasaran
  • Strategi
  • Pengurusan Orgamsasi

ii) Sains Kemasyarakatan

  • Sains Politik
  • Antropologi-Sosiologi

iii) Sains

  • Biologi
  • Matematik

iv) Sastera

  • Sejarah
  • 4 Tahun

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian yang ditetapkan untuk pengajian ini adalah selama 4 tahun.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan boleh dirujuk melalui file di bawah:

i) Ijazah Sarjana Muda Sains

ii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

iii) Ijazah Sarjana Muda Sastera

iv) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian iaitu https://pohon.usm.my/portal/index.php/Online.

Semua permohonan hendaklah diselesaikan sebelum 24 September 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PJJ USM, sila layari laman web https://pohon.usm.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: