Permohonan Pengajian Asasi UPNM: Bakal Pegawai Kadet ATM

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan SPM untuk mengikuti Pengajian Asasi UPNM selama setahun.

Menerusi pengajian ini, pelajar Asasi akan menerima Bantuan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak RM 2,500.00 setahun.

Selepas tamat Pengajian Asasi, pelajar layak untuk mengikuti mod Pengajian ljazah Sarjana Muda dan menyertai Latihan Ketenteraan di UPNM sebagai Pegawai Kadet (PK) di bawah tajaan ATM mulai tahun pertama pengajian.

PK UPNM akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian dan latihan ketenteraan.

Faedah Pegawai Kadet

Antara faedah PK adalah seperti berikut:

  • Gaji dan Elaun
  • Imbuhan
  • Bonus Tahunan
  • Kos Pengajian, Penginapan dan Latihan Ketenteraan
  • ljazah dan Tauliah.

Program Asasi

Program Asasi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Program Asasi Perubatan
  • Program Asasi Kejuruteraan & Teknologi
  • Program Asasi Pengurusan dan Strategi

Syarat Am

Syarat am kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus peperiksaan SPM sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Sejarah.

Pengajian Selepas Tamat Asasi

Setelah tamat Pengajian Asasi, pelajar-pelajar yang melepasi PNGK 2.70 dan keatas, mendapat kepujian sekurang-kurangnya pengelasan C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM, lulus saringan perubatan penuh dan memenuhi syarat-syarat pelantikan sebagai Pegawai Kadet UPNM akan dilantik sebagai PK pada tahun pertama Pengajian ljazah Sarjana Muda.

Syarat Kelayakan Umum yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Jantina: Lelaki dan Wanita
  3. Umur berumur 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun pada 31 Disember 2023.

Syarat fizikal yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Tinggi minimum: Lelaki 1.62 m, Perempuan 1.57 m
  2. Berat minimum: Lelaki 47.5 kg, Perempuan 45.0 kg
  3. Beza ukuran dada pernafasan: Lelaki 5 cm, Perempuan 4 cm
  4. Body Mass Index: 18.0 hingga 26.9

Kaedah Permohonan

Pemohon hendaklah memohon melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dengan mendaftar melalui https://www.upu.moe.gov.my dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama.

Hanya pemohon yang layak mengikut syarat-syarat tertera akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di pusat pemilihan yang akan ditetapkan kelak.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Bakal Pegawai Kadet (Pengajian Asasi UPNM, sila hubungi nombor di talian 03-4013 1425.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: