Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM 23/24

Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah membuat permohonan kemasukan rayuan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2023/2024 menerusi sistem UPUOnline, semakan permohonan keputusan rayuan UPUOnline bagi status tidak berjaya boleh dibuat mulai 16 Oktober 2023 jam 12.00 tengah hari.

Untuk makluman, UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.

Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan sebelum ini, mereka diberikan peluang untuk membuat permohonan rayuan.

Permohonan Rayuan

Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran program pengajian sebelum ini, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline.

Bagi kemasukan ke UA, permohonan rayuan boleh dibuat menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my dan untuk rayuan ke Kolej Politeknik dan ILKA, rayuan boleh dilakukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Kemasukan Ke IPT

Semakan permohonan ini adalah permohonan bagi melanjutkan pengajian ke:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, dan Diploma.

Tatacara Membuat Semakan UPUOnline

Semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

i) Laman Web

  1. Layari laman web berikut:
    https://jpt.utm.my
    https://jpt.uum.edu.my
    https://jpt.unimas.my
    https://jpt.ums.edu.my
    https://jpt.umt.edu.my
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
  3. Keputusan permohonan dipaparkan

ii) Aplikasi Telefon Pintar

Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:

  • Google Play Store
  • Apple App Store
  • Huawei App Gallery

Setuju Terima Tawaran

Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 17 hingga 20 Oktober 2023 setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Pengesahan tersebut boleh dilakukan di lawan wen IPTA atau ILKA yang terlibat setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Pertanyaan Lanjut UPUOnline

Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan rayuan UPUOnline sesi 2023/2024 lepasan STPM, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: