e-Tunai Golongan Dewasa B40 & M40 RM100
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyalurkan kredit e-tunai kepada semua golongan dewasa kepada B40 dan M40.
Pengumuman tersebut dibuat sempena pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu negara bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara.
Pelaksanaan inisiatif tersebut membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu yang dijangka akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas.
Pelaksanaan inisiatif ini selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
Mengenai Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat
Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat diperkenalkan untuk menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Ini bagi memastikan rakyat menerima limpahan hasil yang diinginkan untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.
Selain itu, Ekonomi MADANI ini juga turut merangkumi pelan untuk menangani kos sara hidup rakyat di dalam negara.
Inisiatif e-Tunai
Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan inisiatif e-Tunai iaitu eBeliaRahmah khusus kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
Pelaksanaan eBeliaRahmah ini diumumkan dalam Belanjawan 2023 pada Februari yang lalu yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup belia selain menggalakkan penggunaan e-Wallet atau e-Tunai untuk menjalankan transaksi pembelian.
Belia yang layak menerima inisiatif ini akan menerima RM200 yang akan dikreditkan ke dalam e-Wallet mereka dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.
Penyedia Perkhidmatan e-Tunai
Untuk inisiatif eBeliaRahmah, penyedia perkhidmatan yang terlibat adalah:
- Touch ‘n Go eWallet
- Boost
- Setel
Namun untuk inisiatif melibatkan golongan dewasa ini, pihak kerajaan akan mengumumkan penyedia perkhidmatan yang terlibat.
Cara Mendaftar
Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-Tunai yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini.
Orang ramai diminta untuk menunggu pengumuman seterusnya yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan.