MyCRS 2023: Subsidi Permohonan Car Seat Kanak-Kanak

Ibu bapa yang tergolong dalam kategori B40 dan M40 boleh mendapatkan insentif kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi MyCRS 2023.

MyCRS merupakan program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40 dan M40.

Ianya merupakan program insentif kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Permohonan baharu akan dibuka mulai 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023 secara atas talian.

Untuk semakan kelayakan pula, semakan kelayakan pula boleh dibuat mulai 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.

Jumlah Penebusan

Jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.

CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

Tempoh Penebusan

Tempoh penebusan insentif ini adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak ini adalah seperti berikut:

  1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
  2. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia.

Tatacara Permohonan Baharu MyCRS 2023

Untuk permohonan baharu, sila ikuti langkah-langkah berikut di bawah:

  1. Layari laman web http://www.mycrs.gov.my/.
  2. Klik bahagian “Daftar Permohonan.”
  3. Lengkapkan permohonan tersebut sehingga selesai.

Semakan Kelayakan MyCRS 2023

Semakan kelayakan MyCRS boleh dibuat melalui tatacara di bawah:

  1. Layari laman web http://www.mycrs.gov.my/.
  2. Klik bahagian “Semakan.”
  3. Masukkan no kad pengenalan.
  4. Klik butang “Semak.”
  5. Status kelayakan dipaparkan.
  6. Tebus insentif ini dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar.

Kedai Bayi Berdaftar

Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif ini dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar.

Senarai kedai bayi berdaftar boleh dirujuk melalui laman web http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai MyCRS 2023, sila layari laman web http://www.mycrs.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: