PDG: Pendaftaran Program Duta Guru 2024 Yayasan Petronas

Untuk para guru di Malaysia, Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka pendaftaran untuk para guru menyertai Program Duta Guru (PDG) 2024.

Program Duta Guru (PDG) ialah usahasama antara Yayasan PETRONAS dan KPM, menerusi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), yang merupakan program jangka panjang berteraskan industri bagi mengukuhkan keupayaan guru STEM di sekolah dengan majoriti murid-murid daripada golongan B40.

Program ini dijalankan untuk memperkasakan seramai 4,500 orang guru teladan yang kompeten dan komited dalam meningkatkan Kemahirann Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.

Program Duta Guru kini terdiri daripada 900 orang Guru STEM daripada 145 PPD di seluruh Malaysia.

Pendaftaran dibuka kepada guru-guru sekolah menengah rendah dalam bidang STEM sehingga 16 Julai 2023.

Komponen Program Program Duta Guru

Sepanjang dua tahun program dilaksanakan, para guru akan melakukan aktiviti-aktiviti seperti yang dibawah:

  • Latihan: Latihan seperti bengkel yang akan disampaikan secara praktikal dan selaras dengan piawaian KPM.
  • Sokongan Peribadi: Penyelaras Program dan Pembimbing Duta Guru akan membantu guru menerapkan latihan dalam kelas dan mencari penyelesaian dalam cabaran yang guru hadapi.
  • Pembelajaran Kolektif: Berfungsi sebagai platform untuk guru belajar dan berkongsi antara satu sama lain.
  • Hubungan Dengan Pakar Dalam Industri: Guru akan mendapat peluang untuk membina jalinan dan jaringan dengan pakar dalam industri melalui sesi latihan dan Simposium Kebangsaan.
  • Pengamalan EDP: Menggunakan EDP untuk melaksanakan PdPc merentas kurikulum atau projek inovasi STEM yang menangani masalah komuniti.

Struktur Program

Struktur program yang dijalankan adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Guru STEM (Sains, Matematik, RBT dan ASK) yang mengajar kelas menengah rendah akan diutamakan.
  2. Mengajar di sekolah menengah yang belum ada sebarang program istimewa KPM (seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  3. Seorang Guru berjawatan tetap yang mempunyai baki minima sebanyak 10 tahun dalam tempoh perkhidmatan.
  4. Mendapat sokongan daripada Pengetua (digalakkan).
  5. Guru-guru perlu memastikan mereka dapat memberikan komitmen kepada perjalanan Program Duta Guru yang akan berjalan selama tempoh 2 tahun.
  6. Tidak mengajar kelas menengah atas (kelebihan).
  7. Guru daripada sekolah yang mempunyai majoriti pelajar kumpulan B40 akan diutamakan (Kelebihan).

Cara Mendaftar

Pendaftaran bagi program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan pendaftaran iaitu https://tinyurl.com/programdutaguru2024.
  2. Baca arahan pendaftaran.
  3. Isi maklumat yang diperlukan iaitu:
    – Maklumat Peribadi
    – Maklumat Sekolah
    – Penskoran Standard Kualiti@Sekolah
    – Penilaian Esei – Mengandungi 3 soalan Esei dan 1 soalan pilihan
    – Rujukan
    – Maklum Balas Pengalaman Permohonan Kohort 5
  4. Hantar pendaftaran.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai PDG, sila layari https://tinyurl.com/PekMaklumatKohort52024.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: