ePangkat: Login Sistem Kenaikan Pangkat KPM

ePangkat merupakan sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi warga KPM untuk memohon kenaikan pangkat.

Untuk makluman, ePangkat telah diperkenalkan sekitar tahun 2008 bagi mengatasi kelemahan sistem dalaman dan pengurusan kenaikan pangkat.

Sebelum ini, timbul rungutan dalam kalangan guru dan kakitangan am seperti tempoh masa yang lama untuk memproses permohonan kenaikan pangkat.

Menerusi sistem ini, ianya memudahkan urusan permohonan kenaikan pangkat bagu guru dan kakitangan am di bawah KPM.

Sistem ini juga dapat mengatasi kelemahan sistem dalaman dan pengurusan kenaikan pangkat.

Objektif ePangkat

Objektif kewujudan sistem ini adalah untuk:

  • Menyediakan satu sistem pengurusan kenaikan pangkat yang lebih tersusun.
  • Memberikan kemudahan kepada para guru mengemaskini maklumat terkini mereka bagi mengelakkan urusan kenaikan pangkat mereka mempunyai sebarang masalah.
  • Memudahkan dan mengautomasikan semua proses dan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatan.
  • Memudahkan perancangan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatan.
  • Memastikan urusan kenaikan pangkat yang lebih sistematik.

Cara Login ePangkat

Untuk login ke dalam sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://epangkat.moe.gov.my/login.php.
  2. Jika belum mendaftar, klik butang ‘Belum Berdatar?’
  3. Masukkan butiran seperti nombor kad pengenalan, kata laluan dan email.
  4. Klik butang ‘Hantar.’
  5. Kemudian, login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

Iklan Kenaikan Pangkat 2023

Untuk tahun 2023, iklan kenaikan pangkat yang ditawarkan adalah untuk jawatan:

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 ke Gred N26
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 ke Gred W26
  • Pembantu Makmal Gred C22 ke Gred C26
  • Penyelia Asrama Gred N22 ke Gred N26
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N22 ke Gred N26

Maklumat lanjut mengenai iklan ini boleh dirujuk melalui surat di bawah:

Carta Alir Proses Kenaikan Pangkat

Untuk mengetahui proses kenaikan pangkat, sila ikuti carta alir kenaikan pangkat seperti dalam rajah di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai sistem ini, sila layari laman web https://epangkat.moe.gov.my/ atau pertanyaan lanjut boleh diajukan ke:

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: