Delima 2.0: Cara Daftar Akaun & Login

DELIMa atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia adalah sistem pengurusan pembelajaran secara dalam talian yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar hanya menggunakan akaun Google.

Pengenalan platform ini adalah seiring dengan Revolusi Perindustrian 4.0 yang mana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) terus menerapkan unsur inovasi sebagai teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Ini akan menggalakkan budaya inovatif terutamanya kepada murid, dari penghasilan bahan, cara mengajar dan belajar sehinggalah pengaplikasian ilmu untuk mencipta penyelesaian kepada pelbagai masalah.

Platform ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja secara atas talian.

Sumber Pendidikan Delima 2.0

Guru dan murid boleh menadapatkan sumber pendidikan di dalam platform ini seperti:

  • Buku Teks Digital
  • Bahan Interaktif
  • Aktiviti Pengajaran
  • Pusat Sumber
  • Sumber Rujukan PdP
  • Aplikasi Pengajaran
  • Ruang Ilmu
  • Pembelajaran Hibrid
  • Pembelajaran Digital/PdPR
  • Portal JPN
  • Peraduan
  • DELIMa Certified Training Programme
  • Tonton DiDik TV
  • Pembangunan Profesional Guru
  • Rakan DELIMa

Navigasi Baharu

Navigasi baharu dalam platform ini kepada guru adalah seperti berikut:

  • Gambar guru, nama guru, nama sekolah
  • Ruang carian
  • Ruang utama
  • Pautan ke perkhidmatan dalam talian KPM
  • Pilihan bahasa
  • Sentimen diri
  • Mode dark / light
  • Ruang Pembangunan Profesional
  • Ruang Pengajaran Saya
  • Button pilihan ruang pengajaran
  • Ruang Pengumuman
  • Ruang aktiviti pengajaran (Google Classroom)
  • Ruang pertanyaan (Chatbot)

Bagi murid pula, navigasi yang disediakan adalah seperti:

  • Gambar murid, Nama murid, Nama sekolah
  • DIGITAL ME – Digital badges yang diperolehi oleh murid
  • Ruang Carian
  • Ruang Utama
  • Pautan ke perkhidmatan dalam talian KPM
  • Pilihan Bahasa
  • Sentimen diri
  • Mode dark / light
  • Ruang Pengumuman
  • Ruang Pembelajaran Saya
  • Button pilihan ruang pembelajaran
  • Ruang Tugasan (Gdrive)
  • Ruang aktiviti pembelajaran (Google Classroom)
  • Ruang pertanyaan (Chatbot)

Tatacara Login

Untuk login ke platform ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik ke pautan https://d2.delima.edu.my.
  2. Tandakan (/) pada kotak “Accept Terms & Conditions.”
  3. Klik butang “Click Here To Login.”
  4. Masukkan “Username” dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Delima 2.0, sila layari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/public/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: