PADU: Pendaftaran Sistem Pengkalan Data Rakyat Malaysia

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pangkalan Data Utama (PADU) yang merupakan sistem mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

Berikut adalah maklumat dan cara untuk mendaftar ke dalam sistem ini.

Mengenai PADU

PADU ialah sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Tujuan umum sistem ini diperkenalkan adalah bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar.

Menerusi sistem ini, maklumat profil rakyat Malaysia akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem ini.

Objektif & Matlamat PADU

Objektif sistem ini diwujudkan adalah untuk:

  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Manakala, matlamat sistem ini dibangunkan adalah untuk:

  1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
  2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
  3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

Manfaat Pendaftaran

Dengan mendaftar ke dalam sistem ini, ini akan mengelakkan nama mereka yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial.

Cara Mendaftar

Untuk membuat pendaftaran ke dalam sistem ini, sila ikuti langkah-langkah mudah ini iaitu:

  1. Layari laman web https://www.padu.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk penerimaan OTP.
  5. OTP yang diterima melalui SMS.
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Sekiranya pendaftaran berjaya, notifikasi akan dihantar melalui telefon bimbit.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PADU, sila layari laman web rasmi iaitu https://www.padu.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: