Kurikulum Persekolahan 2027: Tahap Pelaksanaan & Fokus

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelaksanakan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam usaha menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia.

Berikut diterangkan mengenai Kurikulum Persekolahan 2027 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan sebelum ini.

Mengenai Kurikulum Persekolahan 2027

Kurikulum Persekolahan 2027 ini adalah kurikulum berasaskan standard menetapkan sasaran yang harus dicapai oleh murid dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai tertentu serta tahap tertentu.

Kurikulum ini adalah berorientasikan kompetensi menekankan keberhasilan proses pembelajaran yang holistik dan membolehkan murid mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap berasaskan standard yang ditetapkan.

Pendekatan ini juga menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelajaran dan penilaian yang lebih autentik serta bermakna.

Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027

Matlamat kurikulum ini dilaksanakan adalah untuk:

  • Mengamalkan kehidupan yang seimbangdalam segala aspek kehidupan.
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian.
  • Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
  • Berdaya saing pada peringkat global.

Tahap Persekolahan & Fokus

Tahap persekolahan dan fokus kurikulum ini adalah seperti berikut:

Tahap PersekolahanTahunFokus
Pra SekolahKemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan pembentukan karakter.
Tahap 1Tahun 1 dan Tahun 2Penguasaan literasi dan numerasi serta pembentukan karakter.
Tahap 2Tahun 3 dan Tahun 4Aplikasi kemahiran, pengetahuan dan nilai sertapembentukan karakter.
Tahap 3Tahun 5 dan Tahun 6Kemahiran menganalisis dan menghasilkan inovasi danpembentukan karakter.
Menengah RendahTingkatan 1 hingga 3Meneroka pelbagai bidang ilmu dan didorongmengenali minat dan potensi diri termasuk perkembangan bakat dan pembentukan karakter.
Menengah AtasTingkatan 4 dan 5 Mengikuti laluan bidang yang ingin diceburi ke peringkat pengajian tinggi dan pembentukan karakter.

Pendekatan Baharu

Perincian mengani pendekatan baharu di dalam kurikulum ini adalah seperti berikut:

i) Pendidikan Karakter

  • Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada pembentukan warganegara Malaysia yang sejahtera.
  • Berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi agar murid bersedia dan berfikiran positif dalam pembelajaran.
  • Bermula dari Prasekolah sehingga ke peringkat Menengah Atas.
  • Slot masa yang khusus dalam jadual waktu.

ii) Penekanan kepada Literasi dan Numerasi

  • Memastikan murid seawal persekolahan menguasai kemahiran asasmembaca, menulisdan mengira (3M).
  • Intervensi awal akan diberikan bagi membantu murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
  • Meningkatkan kesediaan mengikuti pembelajaran pada tahap seterusnya.

iii) Kelas Pembelajaran Bersepadu

  • Bermula di sekolah rendah dan dimasukkan dalam jadual waktu.
  • Pendekatan PdPyang menggabungkan kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin ilmu ke arah pengalaman pembelajaran bermakna.
  • Pembelajaran murid menjadi lebih holistik,relevan dan berhubung kait dengan dunia sebenar.

Kerangka Kurikulum

Kerangka kurikulum ini dapat dilihat menerusi rajah berikut:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kurikulum ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/bp-kurikulum/6035-kurikulum-persekolahan-2027/file.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: