PRN 2023: Tarikh Pilihan Raya Negeri & Semakan Pusat Mengundi

Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 akan diadakan dalam waktu terdekat bagi 6 negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka sebelum ini.

Untuk pengetahuan, dalam PRU-15 yang lalu, terdapat 6 negeri yang tidak membubarkan DUN negeri mereka untuk melaksanakan pilihan raya secara serentak.

Ini mengakibatkan DUN di 6 negeri tersebut masih kekal sehinggalah dibubarkan pada baru-baru ini.

Pembubaran DUN ini akan menyaksikan pilihan raya akan dijalankan bagi 6 negeri ini untuk memilih wakil rakyat DUN di kawasan masing-masing.

Negeri Yang Terlibat Dalam PRN 2023

6 negeri yang terlibat dalam pilihan raya kali ini ialah:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Negeri Sembilan

Tarikh Pembubaran DUN

Kelantan merupakan negeri pertama yang telah membubarkan DUN sebelum ini iaitu pada 22 Jun 2023.

Ini kemudiannya diikuti oleh Selangor iaitu pada 23 Jun 2023 dan diikuti dengan Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang iaitu 28 Jun 2023.

Negeri terakhir yang membubarkan DUN adalah Negeri Sembilan pada 1 Julai 2023.

Tarikh PRN 2023

Selepas pembubaran parlimen atau DUN, pilihan raya perlulah dijalankan dalam tempoh 60 daripada tarikh pembubaran tersebut.

Untuk PRN 2023, SPR telah mengadakan satu mesyuarat khas pada 5 Julai 2023.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa tarikh PRN adalah seperti berikut:

  • Hari Penamaan Calon- 29 Julai 2023
  • Hari Pengundian Awal- 8 Ogos 2023
  • Hari Pengundian- 12 Ogos 2023

Tatacara Semakan Daftar Pemilih

Bagi pengundi di 6 buah negeri, anda dinasihatkan untuk menyemak daftar pemilih sebelum pembuangan undi bagi melancarkan perjalanan proses pilihan raya.

Untuk menyemak daftar pemilih, SPR telah mewujudkan MySPR secara online bagi membolehkan orang ramai menyemak daftar pemilih secara mudah dan cepat.

Semakan daftar pemilih boleh dilakukan menerusi tatacara berikut:

  1. Layari laman web https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Masukkan aksara “CAPTCHA” yang ditunjukkan.
  4. Klik butang “Semak.”
  5. Maklumat pemilih dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut mengenai PRN 2023, sila layari laman web SPR iaitu https://www.spr.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: