Permohonan Kemasukan PERDA-TECH Sesi Julai 2023
Bagi individu yang ingin menyambung pengajian di peringkat Sijil dan Diploma, Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) menawarkan pengajian di peringkat Sijil dan Diploma di institut terbabit.
Pengenalan PERDA-TECH
PERDA-TECH ialah sebuah institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat Sijil dan Diploma.
Menariknya, institusi ini juga telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Permohonan kemasukan ke institut ini boleh dibuat sebelum 31 Mei 2023 secara online.
Kemudahan Yang Disediakan di PERDA-TECH
Kemudahan yang disediakan di institut ini untuk pelajar adalah seperti berikut:
- Yuran pengajian PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)
- Elaun sara diri – RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)
- Penginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)
Program Yang Ditawarkan
Program yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian di institut ini adalah seperti berikut:
i) Peringkat Diploma
- Diploma Multimedia Kreatif (DCP)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU (DPM)
- Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DAT)
- Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKK)
ii) Peringkat Sijil
- Sijil Teknologi Elektrik (CEE)
- Sijil Teknologi Kimpalan (CWE)
- Sijil Teknologi Automotif (CAT)
- Sijil Seni Reka Pakaian (CAD)
- Sijil Multimedia Kreatif (CCM)
- Sijil Kejuruteraan Pertanian (CAE)
- Sijil Kejuruteraan Mekanikal (CME)
- Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE)
- Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT)
- Sijil Kemahiran Khas Jahitan dan Potongan Baju (SFD)
- Sijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE)
iii) Sijil Kemahiran Khas (SAKTI)
- Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam
- Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif)
- Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju
- Sijil Kemahiran Khas Elektrik
- Sijil Kemahiran Khas Teknologi Komputer
Syarat Am
Syarat am untuk kemasukan ke institut ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki SPM atau setaraf.
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus sejarah (bagi SPM 2013 dan ke atas).
- Berumur tidak kurang 18 tahun.
- Tidak mengalami masalah rabun warna.
- Mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi 3 kaedah iaitu:
- Laman web: https://www.perda-tech.edu.my/
- Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH: http://intake.perda-tech.edu.my
- Google form: http://tiny.cc/SesiPengambilanJulai2023.
Pertanyaan Lanjut Tentang PERDA-TECH
Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke PERDA-TECH, sila hubungi di talian 04-599 1100/.