Kembara Mahkota Johor 2023: Program & Laluan Perjalanan

Bagi yang menantikan acara Kembara Mahkota Johor 2023, program ini akan berlangsung pada 5 sehingga 8 Ogos 2023.

Kembara Mahkota Johor merupakan acara jelajah oleh Keluarga Diraja Johor ke destinasi terpilih di Negeri Johor.

Program ini kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2019 dan untuk 2023, program ini kembali dilaksanakan dengan dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer melibatkan 10 buah daerah.

Sejarah Kembara Mahkota Johor

Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, dengan matlamat untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor.

Pada zaman dahulu, Raja atau Sultan ditandu ketika melawat jajahan takluknya, dan ada kalanya, raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh.

Namun kini, dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan cepat menggunakan kenderaan.

Baginda memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh korporat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Lantaran kerbekesanan program ini pada 2001, DYMM Tuanku Sultan telah bertitah agar program ini dijadikan acara tahunan istana.

Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, program ini juga bertujuan sebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Program ini juga dapat mempromosikan lokasi-lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor.

Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.

Kembara Mahkota Johor mempunyai beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (pedalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program & Laluan Perjalanan

Untuk tahun 2023, destinasi pertama program ini adalah di Kulim Eco Trail Retreat di Ulu Tiram, Johor Bahru pada 5 Ogos 2023 dan akan berakhir di Kompleks Penghulu Sedenak pada 8 Ogos 2023 sebelum DYMM Sultan Johor berangkat pulang ke Istana Pasir Pelangi.

Berikut merupakan program dan laluan perjalanan:

Sumber: https://royalconnections.utm.my/kembaramahkota/sejarah-kmj/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: