Pra Diploma UiTM: Kemasukan Sesi Mac 2024

Bagi mereka yang berminat untuk menyambung ke Pra Diploma UiTM sesi Mac 2024, sila buat permohonan segera.

Berikut adalah mengenai Pra Diploma UiTM dan cara untuk memohon.

Mengenai Pra Diploma UiTM

Program Pra-Diploma ini merupakan initiatif UiTM yang memberi laluan khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam iaitu pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma.

Selain itu, program ini juga adalah bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah/Sarawak di bandar dan luar bandar.

Selepas tamat menjalani program pra, para pelajar ini akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing.

Peluang ini juga membantu pelajar supaya dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Permohonan untuk kemasukan sesi Mac 2024 masih lagi dibuka.

Program Ditawarkan

Program yang ditawarkan bagi peringkat pengajian ini adalah seperti berikut:

  • Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003).
  • Pra Diploma Sains (AS007/AS008).
  • Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002/AS003).
  • Pra Diploma Agroteknolgi (AT001/AT002).
  • Pra Diploma Pengajian Islam (IC001/IC002).

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan bagi peringkat pengajian ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan hanya terbuka kepada calon lepasan SPM sahaja.
  2. Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia.
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon.
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  5. Calon yang pernah belajar di UiTM dan telah diberhentikan atau gugur taraf tidak dibenarkan memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.
  6. Permohonan akan terbatal sekiranya didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan :
    – Kewarganegaraan Malaysia.
    – Status Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang Asli Semenanjung.
    – Kelayakan/keputusan peperiksaan SPM.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Dapatkan nombor pin dengan klik Di Sini.
  2. No pin kemudiannya akan dihantar ke emel pemohon.
  3. Layari laman web https://online.uitm.edu.my/pra/.
  4. Isi no kad pengenalan pemohon dan no pin.
  5. Lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen sokongan permohonan.

Dokumen Sokongan Permohonan

Dokumen sokongan permohonan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon/Ibu/Bapa.
  2. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon/Ibu/Bapa.
  3. Salinan SPM.
  4. Salinan SPM Ulangan (Jika berkaitan).
  5. Salinan Penyata Gaji Ibu/Bapa
  6. Surat atau borang pengesahan status pekerjaan/pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip/penyata gaji/ tidak bekerja/suri rumah (https://drive.google.com/file/d/1ZBKALARGnxztVSY04q37-g0jd7Z4eA91/view).
  7. Salinan Sijil Kematian (jika berkaitan).
  8. Salinan Surat Penceraian Ibu Bapa (jika berkaitan).
  9. Salinan Kelulusan / Slip Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri yang terkini (Jika Berkaitan).
  10. Salinan Sijil Anak Angkat/ Cabutan maklumat dalam cip kad pengenalan/ MyKad (jika berkaitan).
  11. Salinan Penyata Cukai Syarikat (jika berkaitan).
  12. Salinan sijil/pengiktirafan sukan tertinggi dan terkini (Laluan Atlet).
  13. Dokumen dokumen lain (Kad OKU, Kad Pencen Ibu Bapa/ Penyata Pencen Ibu Bapa).
    – Penyata Pencen Perkhidmatan awam: https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran.
    – Penyata pencen tentera/ATM: https://vibes.jhev.gov.my/portal.

Buku Panduan

Buku panduan boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Pra Diploma UiTM, sila layari laman web https://sites.google.com/uitm.edu.my/prauitm?fbclid=IwAR0yJ3kOGkjVJrgdPHuNICqg4fgZYwj4UyKBuTqwzpIC8bFAz2o_71Q0mOw

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: