ASWARA: Permohonan Pengajian Pascasiswazah 2024

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah membuka permohonan bagi pengajian pascasiswazah di institusi pendidikan tersebut bagi tahun 2024.

Berikut adalah maklumat mengenai institusi pendidikan ini dan cara untuk memohon.

Mengenai ASWARA

ASWARA telah ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

Institusi pendidikan ini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.

Pada prinsipnya, institusi pendidikan ini menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

Program Pascasiswazah Yang Ditawarkan

Program pascasiswazah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif (MQA/FA4625)- secara penyelidikan berasaskan amali/makmal dan karya kreatif/ produksi.
  • Ijazah Sarjana Seni Kreatif (MQA/FA624)- mod campuran dan produksi.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan untuk program pascasiswazah adalah seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Seni Kreatif

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dan mendapat PNGK/HPNG 2.75 atau setara dengannya, dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
  2. ‘Ijazah Sarjana Muda atau yang setara denganya mendapat sekurang-kurangnya HPNG 2.50 dan tidak mencapai PNGK/HPNG 2.75, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian rapi oleh Lembaga Pengajian ASWARA; atau
  3. Ijazah Sarjana Muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK/HPNG 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan; atau
  4. Calon yang tidak memiliki kelayakan yang diperlukan dan berusia 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya STPM/Diploma atau setara (contoh Asasi) dengan pengalaman kerja berkaitan, dan Lulus penilaian APEL; dan
  5. Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM atau setaraf.’Ijazah Sarjana Muda atau yang setara denganya mendapat sekurang-kurangnya HPNG 2.50 dan tidak mencapai PNGK/HPNG 2.75, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian rapi oleh Lembaga Pengajian ASWARA; atau
  6. Ijazah Sarjana Muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK/HPNG 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan; atau
  7. Calon yang tidak memiliki kelayakan yang diperlukan dan berusia 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya STPM/Diploma atau setara (contoh Asasi) dengan pengalaman kerja berkaitan, dan Lulus penilaian APEL; dan
  8. Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM atau setaraf.

ii) Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif

  1. Ijazah Sarjana dari ASWARA atau dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan hendaklah dalam bidang pengajian yang berkaitan;
  2. Kelayakan lain setara dengan ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Lembaga Pengajian ASWARA; dan
  3. Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM atau setaraf.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

  1. Klik pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfL1TbMS30SZCwDda_rMHwoc4V0bTpXHDbCChJbciUDSLGxSA/viewform.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program pascasiswazah di institusi pendidikan ini, sila layari laman web https://www.aswara.edu.my/ atau menghubungi Pusat Pengajian Pascasiswazah di talian
03-2778 6059/6058 atau emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: