Panduan & Teks Khutbah Hari Raya Aidiladha JAKIM 2023

Bagi solat hari raya yang dilaksanakan secara berjamaah, ia turut diikuti dengan bacaan khutbah Hari Raya Aidiladha, tanpa mengira solat hari raya dilaksanakan di kawasan lapang, masjid, surau mahupun di rumah.

Hukum membacakan khutbah bagi solat sunat aidiladha secara berjemaah adalah sunat.

Imam Al-Khatib Al-Syarbini berkata maksudnya: “Dan dibacakan khutbah selepas keduanya (iaitu setelah dua rakaat solat hari raya) sebanyak dua khutbah bagi (solat hari raya yang dilakukan) secara berjemaah dan tidak (perlu berkhutbah) bagi yang melakukannya secara bersendirian. (Khutbah ini) adalah sama seperti dua khutbah Jumaat pada rukun-rukun (khutbah) dan juga sunatnya, dan tidak pada syarat-syarat (khutbah Jumaat).”

Panduan Melaksanakan Khutbah Hari Raya

Setelah selesai solat hari raya, imam perlulah terus berdiri, menghadapkan dirinya ke arah makmum dan menyampaikan dua khutbah.

Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata maksudnya: 

Adalah Rasulullah S.A.W, Abu Bakr, dan Umar menunaikan solat dua hari raya sebelum berkhutbah. Kemudian baru mereka berkhutbah” (Hadis ini daripada Riwayat Al-Tirmizi (531).

Khutbah hari raya disunatkan untuk dimulakan dengan lafaz takbir sebanyak 9 kali berturut-turut pada khutbah pertama, dan 7 kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Khutbah ini jika dilaksanakan di rumah, tidak perlu kepada mimbar dan tongkat namun memadai kerusi atau tempat duduk bagi imam duduk sebentar antara dua khutbah.

Muat Turun Teks Khutbah Aidiladha 2023

Bagi khatib yang akan menyampaikan khutbah Hari Raya Aidiladha, mereka boleh menggunakan teks khutbah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertajuk “Nilai Pengorbanan.”

i) Edisi Rumi

ii) Edisi Jawi

Sumber: https://www.islam.gov.my/ms/e-khutbah/3735-teks-khutbah-aidiladha-nilai-pengorbanan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: