Program Setahun Kerajaan MADANI: Tarikh & Program Dijalankan

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke Program Setahun Kerajaan MADANI yang akan berlangsung di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Berikut merupakan maklumat mengenai tarikh dan program-program yang bakal dijalankan.

Mengenai Program Setahun Kerajaan MADANI

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI merupakan program yang dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk:

  • Menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat.
  • Meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan.
  • Membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai Kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Selain itu, penganjuran program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Ketiga-tiga komponen ini merupakan ikhtiar Kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu:

  • Kemampanan
  • Kesejahteraan
  • Daya Cipta
  • Hormat
  • Keyakinan
  • Ihsan

Tarikh & Tempat Program

Program ini dijadualkan akan berlangsung pada 8 hingga 10 Disember 2023 yang bertempat di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Program akan bermula pada 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Program Dijalankan

Program-program yang bakal dijalankan selama 3 hari program adalah:

  • Penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat
  • Sesi libat urus Kementerian-kementerian bersama rakyat
  • Jualan Mega MADANI
  • Pameran pencapaian semua Kementerian berserta perancangan jangka masa panjang Kerajaan.

Majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 10 Disember 2023 dan akan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan.

Tentatif program yang dijalankan sepanjang 3 hari tersebut boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

Diskaun Saman Trafik

Antara perkhidmatan yang menarik ditawarkan kepada para pengunjung ialah diskaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walau bagaimanapun, tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang membabitkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik bermula 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember (Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember (Sabtu dan Ahad).

Bas Perantara

Bas perantara juga turut disediakan untuk memudahkan pergerakan para pengunjung.

Sumber: https://malaysiamadani.gov.my/program-setahun-bersama-kerajaan-madani/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: